berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, July 26, 2012

Rezeki Ramadhan 1433 H


Ramadhan 1433 H,

Terima kasih Allah atas kurniaan nafas buat hamba. Alhamdulillah, dua karya hamba tersiar atas rahmat-Mu membuka jiwa baik seorang editor menilainya dan menyiarkannya. Alhamdulillah ya Rabb.

RIMBUN DOA SEORANG AYAH. Dalam kehidupan ini, tanpa ayah dan ibu atas kurniaan-MU, siapalah hamba di dunia ini. Sesungguhnya seorang anak, sentiasa mengharapkan doa-doa daripada kedua ibu dan bapa. Seperti 'Gunung doa yang padu, dibajakan tiap waktu, rimbun pohon amanahmu, akan sentiasa kukuh di kalbu.' Begitulah yang hamba usaha melaksanakan untuk menjadi seorang anak yang amanah, bertanggungjawab dan sentiasa membahagiakan jiwa-jiwa insan kekasih hamba ini. Moga Allah sentiasa merestui hamba. Amin.

MENEPIS LESU. Kehidupan yang semakin hari semakin memerlukan perubahan. Daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, begitulah yang sentiasa dihajati insan-insan yang sedang disedarkan oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Sajak-sajak yang tertulis adakalanya berkaitan dengan rasa jiwa. Maka MENEPIS LESU benar-benar mengajak hati agar membuang segala rengsa. Hiduplah dengan ceria. Diam, beruzlah dan bermuhasabah diri. Itu lebih baik daripada termenung tanpa makna. Alhamdulillah, Allah Maha Adil dan Allah Maha Penyayang. Kini hati lebih ringan daripada menanggung beban kisah lalu yang menyuramkan. Tertulis di atas kertas, dengan tinta yang jujur dan tinta yang sentiasa sudi menerima baik luahan hati. Seperti yang kuluahkan, 'Uzlah ini, kulampir bersama muzakarah terindah, resapan ayat-ayat cinta-Nya, sirnalah lesu, yang masih tergantung, kelam di langit mendung.'

Moga karya-karya ini bermanfaat kepada semua yang sudi membacanya. Amin.

2 comments:

  1. Tahniah, cik Hanna. Moga terus membakar semangat untuk terus menulis. Kami sentiasa menanti karya terbaharu dari anda.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih Helmi atas sokongan yang diberi. Sentiasa membakar, :) wah! ada yang menanti ya? Alhamdulillah. Moga terlahir karya-karya daripada saya selepas ini dan moga memberi manfaat kepada semua pembaca. Amin. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages