berkarya itu indah

berkarya itu indah

Saturday, January 29, 2011

...apa lagi...

Kak Syira: Assalamualaikum... Ada orang tak ni kak Long?

Kak Long: Ada...kejap Kak Long tekan loceng. Tak dengar kot mereka...

(Ting tong)

Bonda: Ya, sekejap...

Kak Syira: Eh, bonda. Janganlah lari-lari. Jatuh nanti.

Bonda: Kasihan kamu berdua. Dah lama sampai? Maaflah, Bonda di dapur tadi.

Kak Long: Tak lama juga, baru je Bonda.

Kak Syira: Sebenarnya Bonda, kami datang ni...

Bonda: Hmm, Bonda tahu. Kamu cari hanna kan? Dia ada kat dalam.

Kak Syira: Iya Bonda? Ya Allah, syukur.

Kak Long: Mana dia Bonda?

Bonda: Sayang betul kamu pada hanna. Macam itulah adik-beradik, kena sentiasa sepakat. Oh ya, hanna ada kat dalam tu. Dia tidur. Biarlah dia dulu kat sini. Bila dia sedar nanti, Bonda hantar dia balik ya.

Kak Long: Hmm, iya lah Bonda. Tapi...

Kak Syira: Hmm, Bonda. Boleh kami lihat hanna? Syira...

Bonda: Eh, lah...Bonda lupa nak jemput kamu masuk. Jom-jom kita masuk.

Kak Long: Bonda ni. Oh ya, Bonda. Malam nanti Mak Su datang. Hanna tu bukan sihat sangat. Bonda tahu kan dia...

(Bonda hanya tersenyum dan membawa kedua gadis pengasih itu masuk ke rumah)

Friday, January 28, 2011

Ku Mahu Selalu Bersama-Mu


Rabb
Jauh sudah kuberkelana
cuba mencari sesuatu
yang kurasa tiada

Rabb
Semakin tersasar rupanya diri
apabila cuba menghitung
masa lalu
yang katanya kelam tiada sinar

Rabb
pertemukanlah
dia untukku
dia yang benar-benar
menyayangiku

Rabb
suratan kelana
seorang pujangga
masih belum ketemu jawapannya
kerna itu
Mohonku
tiada ucap selamat tinggal
buat dua hamba-Mu
yang selalu mengharap belas kasih Mu.

Kabhi Alvida Na Kehna
Jangan Diucap Selamat Tinggal.

Rabb
kumahu selalu bersama-Mu.

~hannaJohan~

Thursday, January 27, 2011

Mata yang cantik itu


Takte Rehte Tujhko Sanjh Savere
I was looking at you from dawn to dusk

Nainon Mein Basya Jaise Nain Yeh Tere
Your eyes have been united with mine

Tere Mast Mast Do Nain Mere Dil Ka Le Gaye Chain
Your pretty eyes have stole the serenity of my heart

Mere Dil Ka Le Gaye Chain Tere Mast Mast Do Nain
My heart's serenity has been stolen by your pretty eyes

Dahulu,
mata yang cantik itu sering ada
menyinari seraut wajah
dan menguntum senyum indah

Dahulu
mata yang cantik itu sering ada
memberi harum denyut nadi
dan menghulur suci hati

Dahulu
masih adakah hari ini
mata yang cantik itu
yang sering terpamer ria
hanya untuk dia
dan dia
dan dia
akhirnya...

...hannaJohan...

Takdir Terindah

Malam itu hanna sendirian, menonton tiga ceritera. Tuhan meletakkan takdir terindah ini, buat hanna yang memang sendirian.


Kau Laksana Bulan, kisah cinta dan keluarga. Dari Mata Arisa juga kisah keluarga dan cinta. Cinta kepada Tuhan, cinta kepada manusia dan cinta segalanya turut ada dalam Magika. Terhidang indah pandangan mata dari ihsan tukang pemuat naik di Youtube.

Sebenarnya, cinta...tak pernah lepas dari ingatan walau ke mana arah kita pergi. Ke kanan ke kiri, semuanya ada cinta. Sukar untuk melarikan diri daripada lima aksara itu. Walau nyatanya, cinta itu terlalu indah dan terlalu menyakitkan. Ada yang pernah berkata, cinta itu sakit yang indah. Iyakah? Pada hanna mungkin iya, andai cinta itu masih dimiliki. Tapi, bila cinta sudah jauh meninggalkan adakah ia masih indah? hmm, mungkin ia indah untuk dikenang dan disimpan dalam lipatan memori.

Cinta kepada Allah adalah cinta segala-galanya. Sekarang dan sentiasa, hanna mengharapkan cinta ini kekal dan mekar berkembang. Selama-lamanya. Walau ada badai walau ada rantai duka, moga cinta ini terus kejap dilaksanakan terhadap Yang Maha Kuasa. Amin.

Pesan ibu
usah dipendam rasa yang keliru
luahkan segala
agar hilang gusar di kalbu.

Kataku pula
payah meluahkan segala isi duka
biarlah
begini adanya
tidak kumahu
merencana cerita
tentang cinta manusia
yang tiada setia.

diam
sepi itu tak mahu lagi bersuara
berceritalah tentang isi alam
wahai ibuku
biarlah
begini adanya.

hanna @ anakmu, along.


kususun senyum
hanya buat yang mengerti
dan sudi menghargai.

~hJ~

Wednesday, January 19, 2011

Karya Awal Januari 2011


Puisi Tahun Baru Datang Lagi, tersiar di majalah Fokus SPM Januari 2011.


Puisi Semilir Pelangi Sepi, tersiar di Tunas Cipta, Januari 2011

Alhamdulillah, moga selepas ini hanna (hasni Jamali) dapat melebarkan sayap penulisan dalam pelbagai genre. Dan menulislah, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang anda akan hargai melalui sumbangan hanna @ Hasni Jamali.

Saja nak letak dua nama ini. :)

Tuesday, January 18, 2011

Ciretera Januari- bahagian 2

Bismillahirahmanirrahim...

cinta yang dibina
hanya sekejap waktu
kini
tiada lagi kasih
antara aku
antara dia
kami tiada lagi.


~Inilah puisi pendek, yang sedih. Puisi perpisahan. Mungkin. Tiada jodoh antara hanna dan dia. Baru je tulis dalam entri awal2 bulan ni, bertemu dia dalam tahun lepas.

Itu dinamakan jodoh. Rasa hati masih sayang. Tapi, dia terlalu sibuk dengan kerjaya. Dan kehadiran hanna, entah dia perasan ada atau tidak. Hingga sekarang, dia masih diam dan terus menyepi.

Allah, berkatilah setiap hubungan yang terjalin antara aku dan hamba-hamba-Mu yang lain. Pertemukanlah aku dengan lelaki iaitu bakal suami yang benar-benar menghargai diriku, dan menghargai aku sentiasa bersama-samanya. Amin, ya Rabb.

Ciretera Januari- bahagian 1

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum,

Baiklah, misi pertama untuk melengkapkan 3 judul ceritera cik hanna bermula dengan entri AJL 25. Saja nak komen, walaupun dah lanjut kemenangannya.

Sebenarnya, hanna terpandang dan baca artikel ini di akhbar Berita Minggu (akhbar Berita Harian untuk Hari Ahad). Pada tarikh 16 Januari, yang mana artikel ini memberi penjelasan kepada penjurian AJL 25.

Kenapa ramai sangat yang tak suka akan kemenangan Ana Raffali ni ya? Hmm, apa pun hanna suka dan menyokong Cik Ana dan lagu ciptaannya. (Jangan marah r!)

Antara petikan yang merencanakan tentang AJL 25,

"Penerbit wajar menggalas tanggungjawab AJL adalah untuk memartabatkan Lagu Terbaik, bukan Lagu Paling Popular."
~sangat berbeza ya, antara Lagu Terbaik dan Lagu Paling Popular. Apa pendapat anda? Yang mana lagi anda suka?~
"Objektif asal program ini iaitu untuk melahirkan komposer unggul tanah air semakin pudar dan mudah dilupakan."

~Petikan ini mungkin akibat daripada beberapa lagu dan lirik yang dipertandingkan tidak sedap melodinya macam lagu-lagu lama (80-90 an) yang lagi sedap dan bermakna lagu-lagunya, kan?~

"AJL 25 menghimpunkan banyak ciptaan yang baik tetapi Tolong Ingatkan Aku memiliki kekuatan pada melodi dan lirik, malah paling penting ia ada rasa."

~hanna setuju! TIA punya melodi dan lirik yang secukup rasa.~
"Bagi Ana, kemenangan TIA membuktikan dirinya sedang meniti landasan seni yang betul dan lebih bermakna, kejayaan lagu itu dipertahankan juri atas alasan kreativiti komposisinya."

~Jawapan yang diberi oleh Cik Ana ini dapat hanna rasakan apabila berada dalam bidang penulisan. Ia membangkitkan rasa bahawa dengan kejayaan yang dimiliki meyakinkan diri akan bidang dan jalan hidup yang diambil.~

***hanya sekadar ulasan dan mahu berkongsi pandangan dengan pembaca. Moga Cik Ana Raffali dan Cik hanna Johan (hasni Jamali) sama2 berjaya mengecap kemenangan dalam bidang masing-masing. Senyum.

P/s: Gambar perempuan pegang gitar tu sekadar hiasan, Kareena Kapoor dalam filem Main Prem Ki Deewani Hoon. :)

Friday, January 14, 2011

Setelah Datangnya Dia

Tidur, bangkit, tidur, bangkit... Dah 2 minggu hanna tinggal di teratak baru. Eh, sebenarnya bukan baru seperti yang disangka. Setelah mendapat satu tawaran tugas (nanti hanna ceritakan lanjut), emak tersayang mencadangkan supaya hanna berpindah rumah. Rumah atau teratak yang hanna tinggal sekarang adalah di satu kawasan kampung. Begitu jauh dari suasana bandar yang riuh-rendah bunyi enjin kenderaan. Satu kawasan desa di Daerah Batu Pahat.

Hanna ambil masa juga untuk menulis di blog ini, kerana banyak perkara yang berlaku. Ada kalanya mengikut kehendak dan ada kalanya tidak pula selaras dengan keinginan. Sudah maklum, kita hanya merancang, tetapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Maka itu, hanna terima segalanya dengan redha. Amin, istiqamahlah selalu.

Oleh sebab itu, entri kali ini hanna mahu susun sedikit judul yang bakal hanna kupaskan (eh, macam buah oren pula. hehe) kelak. Macam-macam berlaku selama 2 minggu ini, antaranya:

+Anugerah Juara Lagu (masih mahu memberi komen)
+Tiada Lagi Kasih (kisah sedih, oh...)
+Tukang Masak (ewah!)

--Tiga judul ini bakal menyusul menjadi sebuah kisah. Menarik atau tidak, hanya sekadar luahan kata hati. Bukan mengumpat tau!

+Setelah Datangnya Dia, pun bakal menyusul. Shh.... :)

Wednesday, January 5, 2011

Ayam sudah berkokok!

Bangun! Bangkitlah!

Bukan mudah untuk melaksana janji. Lagi-lagi janji pada diri sendiri. Sekarang jam menunjukkan waktu 12.39 pagi (tengah malam). Kenapa masih belum tidur?

Letih dengan godaan hati. Mulai malam ini, semangat untuk bangkit kembali. Tiap-tiap temulang sudah mula membunyikan lagaannya apabila otot sengal menggelegak sukma. Sudah-sudahlah dengan lamunan lalu. Bangkitlah!

Ya, moga ini yang terakhir kalinya. Tiada lagi, dan moga tidak berulang lagi.

Untuk permulaan, ambillah kesempatan tinggal di sini dengan banyak membaca bahan-bahan bacaan yang berfaedah. Lupakanlah hal-hal yang tidak memberi manfaat buat kamu. Cuci, bersihkan segala yang hitam.

Awal kata, beberapa petikan yang sempat dihadam hati dan akal:

"Azam adalah kerja pengukuhan di dalam hati, bukan lisan tetapi berkait dengan niat."

"Mentari yang menyinar akan sentiasa muncul setelah hujan berlalu. Begitu juga dengan pengisian hidup jika kita sudah berusaha pasti akan ada kebahagiaan."

(Naimah Muhammad, Majalah Fokus SPM-Januari 2011)

Ikutlah yang benar, moga memberi manfaat.

Hasni@Hanna.

Tuesday, January 4, 2011

Merancang. Seribu Penghargaan!

Mula-mula menyusun, kemudian merancang segala tiap yang sudah diatur.

Seribu penghargaan (dengan tanda seru). Wajib dilaksanakan seperti yang sudah diniatkan. Lillahi Taala.

Pada awalnya hanna sudah merancang untuk menyiapkan manuskrip untuk dihantar ke sebuah pertandingan. Dalam masa yang seperti dikejar-kejar ini, hanna fikir semula. Lebih elok jika hanna buat dan hasilkan sesuatu itu dengan yang terbaik hasil akhirnya. Agak kelam-kabut penulisan ini, tapi itulah hati yang sedang menyusun tiap aksara dan detik taipan.

Hmm, sebenarnya penghargaan perlu bagi meningkatkan lagi semangat dalam membina sesuatu dan semangat dalam perhubungan. Dalam masa beberapa hari ini, moga setiap yang dirancang atau kebetulan datang dalam tindakan, berjaya dilaksanakan sebaik mungkin.

Seribu penghargaan buat mereka yang banyak menghargai diri ini. Terima kasih!


hannaJohan.

Sunday, January 2, 2011

2010 2011

Alhamdulillah, 2010 yang telah pergi meninggalkan banyak sekali liku perjalanan yang memberi pengajaran pada hidup. Segala kisah suka dan duka, memberi makna yang mendalam pada diri untuk menjadi lebih baik dan memberi yang terbaik.

Moga setiap kedukaan yang berlaku pada 2010 tidak akan berulang lagi pada 2011 dan tahun-tahun yang mendatang. Dan semoga 2010 yang memberi kemanisan pada pengalaman-pengalaman hanna akan berulang lagi dan bertambah manisnya pada tahun 2011 dan tahun-tahun yang menjelma.


Alhamdulillah, segala syukur bagi Allah. 2010 memberi banyak peluang hanna untuk bekarya dan menghantarnya ke media dan akhirnya diterima lalu disiarkan di dada-dada akhbar dan majalah. Syukur. :)

2011 ini, dua buah sajak hanna tersiar iaitu di Tunas Cipta dengan judulnya Semilir Pelangi Sepi dan majalah Fokus SPM yang bertajuk Tahun Baru Datang Lagi. Moga selepas karya ini, akan lebih banyak lagi karya hanna mendapat laluan untuk disiarkan dan dihargai di media-media. hanna juga mengharapkan karya-karya tulisan hanna dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Amin.

1 perkara yang buat hanna tersenyum juga. 2010 menemukan kami. Moga hubungan ini kekal dalam lindungan Allah selamanya. Amin, ya Tuhan. (merah pipi)

Selamat datang 2011, moga terus dihulur barakah yang amat bermakna. Amin.

Friday, December 24, 2010

Hajat Tidak Kesampaian

Melalui entri lepas yang hanna kisahkan tentang tersiarnya sajak Kanda Penguat Kalbu, sebenarnya ada kisah sayu di sebaliknya. Ingin sekali hanna kongsikan di sini. Buat tatapan sendiri dan pembaca (kalau ada yang sudi bacalah, kan) :) err...

Begini,

Cerita ini tiada kaitan dengan tertulisnya sajak ini sebenarnya. Tetapi mengapa atau sebab hanna memilih Mingguan Wanita sebagai wadah penyampaian sajak Kanda Penguat Kalbu (KPK).

Suatu masa dulu (beberapa bulan lalu), hanna masih mempunyai seorang kakak sepupu yang selalu membeli Mingguan Wanita (MW). Setiap keluaran dia beli. Hanna ingat lagi, sewaktu dia ingin pulang ke tempat kerja sebagai jururawat di Muazam Shah, di Kuantan.. (air mata mula bergenang) hmm... :( hanna selalu yang hantarkan dia ke stesyen bas dan kakak sepupu hanna sering membeli MW sebagai teman perjalanan.

Setelah dia punya kereta sendiri, dan pulang ke kampung kami dengan kereta baharu...MW tetap jadi pilihan. Kadang-kadang ada MW dalam kereta, kadang-kadang hanna jumpa MW di katilnya. Hanna suka baca. MW banyak info dan petua. Ketika masih hijau di bidang penulisan ini (sekarang pun masih lagi hijau dalam bidang penulisan), hanna berangan-agan mahu hantar dan berharap moga tersiarnya karya hanna di MW. Kemudian, hanna akan menunjukkan kepada kakak sepupu khabar gembira ini. Tetapi....

Segalanya hanya tinggal harapan. Karya pertama hanna di MW ialah dalam edisi 17-23 Disember 2010. Sedangkan, kakak sepupu telah berbulan meninggalkan hanna. Dia sudah tiada buat selama-lamanya. Hanna pendam kisah ini daripada keluarga, terasa sayu untuk berkongsi dengan mereka secara lisan. Namun, sayu ini hanna lepaskan pada kamu (blog).

(Tarik dan hembus nafas sayu). Moga roh kakak sepupu dicucuri rahmat selalu. hanna rindu kakak. rindu sangat-sangat.

(ketika ini hanna sedang dengar lagu 'Izinku Pergi' daripada Kaer) ...

Thursday, December 23, 2010

Karya Disember Hanna

Buat kanda tersayang yang masih dalam angan dan impi. (belum ada yang punya)

*Alhamdulillah, di hujung tahun 2010...masih ada karya hanna yang sudi disiarkan oleh pihak media. Kanda Penguat Kalbu ini tersiar di Mingguan Wanita edisi 17-23 Disember 2010.

Selamat menghayati sajak ini. :)

Sunday, December 12, 2010

... 1

Raimi: Assalamualaikum. (menjengah kepala di balik pintu)

Dhia: Wa'alaikumsalam. Masuklah Raimi. Apa duk jenguk-jenguk macam tu. Kau ni...tak habis-habis nak bergurau ya.

Raimi: (sambil tersenyum) Saja nak gurau-gurau. Tak boleh ke? (senyum lagi)

Dhia: Macam-macamlah. Dah masuk.

Raimi: Baik. (tersenyum lagi) Dhia sihat hari ini? Dah makan ubat?

Dhia: Alhamdulillah sihat. Belum lagi (nada perlahan).

Raimi: Ha? Belum? Ish, mana boleh macam ni. Dhia kena makan ubat. Jaga kesihatan Dhia dan bayi juga (membebel).

Dhia: (dalam hati) alamak, dah membebel pula dia ni. (Tiba-tiba) Auch!

Raimi: Eh, Dhia! Dhia okey tak? (gelabah)

Dhia: O..okey, okey. Sikit saja. Baby kat dalam ni suka sangat dengar Mak Cik Raimi membebel. Tu yang dia suka tendang mama dia tu. (tertawa halus)

Raimi: Oh, perli ya...(geletek Dhia dan mereka tertawa).

*****

Raimi: Sudah-sudah. Penat Dhia karang. hehe....

Dhia: Tahu takpe.

Raimi: Eh, di mana teman kita yang lagi seorang tu? Senyap saja rumah ni?

Dhia: Ada. Dalam bilik tu.

Raimi: Apa dia buat dalam bilik tengah hari macam ni?

Dhia: Apa lagi. Menulislah tu. Tiba-tiba berlesup je tadi. Dapat ilhamlah tu.

Raimi: (berjalan senyap)

Dhia: .........

Saturday, December 11, 2010

Terlalu Cinta

Assalamualaikum dan salam manis daripada Adinda hanna,

Buat Kanda Melati dan Dahlia yang sentiasa dalam lipatan ingatan hanna. Terlalu rindu kepada kalian, membuatkan diri ini teruja dalam kelelahan supaya menul
is sesuatu di laman teratak Kerana Rindu ini.

Di bawah ini Adinda hanna teringin sekali mahu berbahgi rasa
bersama Kanda Melati dan Dahlia akan peristiwa sepanjang Adinda hanna di kem Permata Pintar. Lihatlah keriuhan anak-anak didik adinda yang sentiasa mengubat rindu adinda kepada Ayah dan Bonda di desa. Oh, juga rindu kepada Kanda Melati dan Dahlia.

Pertama-tamanya, adinda sempat merakam peristiwa-peristiwa dalam kelas buat kenang-kenangan untuk adinda sematkan dalam album ingatan.

Dua orang pengiring yang manja dan bijak, Aqilah dan Sarah...sentiasa memberi hibur dalam kelas. Manis, adinda diapit dua anak pintar ini kan Kanda? :)

Sesi meningkatkan keyakinan diri, antara aktiviti yang adinda dan Cikgu Mizi hidangkan untuk mereka.


Lihat, adinda seperti benar-benar seorang guru... Guru kontrak yang mahu bersungguh-sungguh mendidik mereka. :)

Kanda Melati, adinda amat merindui kanda dan Dahlia. Seminggu dari sekarang adinda akan pulang ke teratak desa. Kita? Bakal bertemukah kita nanti? InsyaAllah, adinda nantikan...walaupun hanya dalam mimpi.

Oh, ya. Titipan kasih buat adinda Dahlia. Lihat...anak-anak murid bertuah kanda, ada sahaja ceritera cinta yang disebar mereka. :) Ceritera kan
da dan Abi. Tiba-tiba menjadi lebar luasnya di kelas Penulisan dan Imaginasi 1 dan 2. Anak-anak sekarang, pandai sungguh mereka menebak isi dan soal hati.

Buat Dinda Dahlia, Kanda hanna sisipkan foto ceritera cinta cikgu berdua ini:
Inilah hasil lukisan anak-anak murid bertuah... macam-macam gelagat mereka kan? :)

Di pagi Jumaat yang riang, sempat juga kami merakam foto ini. Kebetulan busana yang serasi tersarung pada tubuh. Cikgu Ady atau lebih mesra dipanggil Abi sejak kami akhir semester dulu. Dan kanda hanna sebagai Umi. (hmm, macam manalah tidak tercetusnya ceritera cinta ini kan?) hehe... :)

Cukuplah sampai di sini dahulu titipan cerita buat kanda Melati dan adinda Dahlia. Moga kita bertemu lagi di lain warkah dan cerita ya. Salam manis dan salam terlalu cinta daripada hanna. :)


About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages