berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, October 6, 2010

Merenung Lubuk Hati

Katanya aku adalah insan yang telah dibuang. Bukan terbuang, tetapi dibuang. Aku bukan haknya lagi untuk mereka peduli. Aku bukan lagi insan yang dapat mengisi ruang hati mereka. Aku insan yang telah dibuang.

Malam itu, aku berlari sepuasnya. Berlari hingga peluh kuat membasahi tubuh. Aku berlari tanpa rasa takut. Gelap yang padu tidak lagi menghalang rasa gelisah dan resah. Aku berlari dan terus berlari.

Berjuta kali aku nafikan bahawa aku tidak bersalah. Diri dan jiwa selari menjadi duka. Lukanya dalam, terasa ditusuk kaca. Pedih. Pedih dan sedih kerana aku dikata penyebab kecewa.

Usaha dan langkah untuk bertanya, hampa sekali. Usaha dan usaha. Tiada lagi erti kerana aku dianggap penyusah. Aku dikata tidak berusaha. Sedangkan aku usaha menahan malu dan bebal semata-mata kerana usaha.

Aku lari...bawa diri. Merenung lubuk hati. Lubuk jiwa yang disimbah kekaca pedih. Aku sendiri. Walau katanya aku bersama teman2 lain yang bisa membuat aku riang, tetapi segalanya itu adalah tuduhan semata. Siapa aku lagi. Aku hanya insan yang telah dibuang.

Biarlah, kesenyapan ini kubawa ke mana-mana. Tiada lagi erti untuk aku dikenanginya.

Di sini, aku sendiri. Merenung lubuk hati yang kian jauh...jauh berdamping lagi.

Namun, pada Tuhan aku mendekatkan diri dan hati. Kekallah bersama Dia yang tidak sekali menduga hamba untuk mempermainkan. Sesungguhnya hikmah ini kunanti penuh setia.

4 comments:

  1. Ini puisi panjang ke? Atau madah? Saya suka dengan gaya bahasa Hanna yang sangat indah. Saya suka:)

    ReplyDelete
  2. Siti Salha,

    terima kasih sudi ke teratak hanna. Eh, adakah dalam bayangan awak ini adalah puisi panjang atau madah?

    sebenarnya, ini adalah sekadar perasaan yang tercurah dari hati. Luahan perasaan terhadap apa-apa yang sedang berlu kepada saya. Sedih tapi inilah jalan takdir.

    ReplyDelete
  3. Boleh jadi. Tak hairanlah kan sebab Hanna dulu belajar satera, bahasanya pun bagus2 belaka :)

    ReplyDelete
  4. :)Alhamdulillah,

    Terima kasih Siti.

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages