berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, May 24, 2012

MM Buah Hati Pertama!

BUAH HATI PERTAMA TERSIAR DI MINGGUAN MALAYSIA, 20 MEI 2012... SYUKUR.
ALHAMDULILLAH. 

Setiap tahun, saya tetap berusaha. Menulis sajak dan melunas niat. Berusaha menulis sesuatu yang memberi manfaat. Menulis sesebuah karya yang memberi makna dalam kehidupan setiap pembaca.

Syukur, rezeki DIA... akhirnya azam saya tercapai. Buah Hati pertama tersiar dalam akhbar MINGGUAN MALAYSIA, 20 MEI 2012. Sajak berjudul BENIH SANTUN yang saya karangkan ini, semoga sama-sama beroleh manfaat daripada tiap makna yang terukir.

Berbunga harum
benih-benih santun
akarnya teguh
mencengkam jujur
tiada rengsa pabila gugur
aman mengiring waktunya
mumur.

Semoga kelak, kita juga beroleh santun ketika hayat dipanggil yang Maha Berkuasa. Amin. 

2 comments:

  1. Tahniah sekali lagi dari saya. Ternyata kejayaan tidak pernah lari dari usaha. Usaha tanya jemu pasti membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,

    Terima kasih Helmi. :) Saya juga ucapkan tahniah buat awak atas karya terbaru di MWP 3 Jun, ya... :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages