berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, August 15, 2012

TERIMA KASIH ALLAH :)



Terima Kasih Allah merupakan cerpen terbaharu saya yang tersiar di akhbar Mingguan Warta Perdana. Karya ini tersiar pada 19 Ogos 2012. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurniaan ini. Syukur tidak terhingga apabila berturut-turut karya berlainan genre tersiar di dada media.
Rasanya kalau tidak silap, cerpen Terima Kasih Allah merupakan cerpen pertama yang saya tulis pada tahun ini. Alhamdulillah ia berjaya memikat hati editornya. Menulis lagi dengan lebih bersemangat. InsyaAllah.
Cerpen ini membuahkan pelbagai rasa kepada saya. Akhbar ini saya letakkan di ruang tamu untuk ditunjukkan kepada emak dan seluruh ahli famili. Seawal pagi, emak membacanya dalam diam. Saya yang ketika itu baru selesai mengemas katil ditegur emak dari luar pintu kamar, “Ni cerita siapa? Macam pernah tahu je…”
Akhirnya saya menjawab pertanyaan emak dengan menghulur senyuman. Emak juga, membalas senyum saya dengan senyuman manisnya. Kami tersenyum bersama-sama. Moga karya ini dibaca seluruh masyarakat, ia sebuah kisah yang dituliskan oleh penulis hijau seperti saya. Namun saya masih mengharapkan cerpen Terima Kasih Allah ini mempunyai nilai dan amanat yang dapat dikecap pembacanya. Syukur tidak terhingga. Amin.

2 comments:

  1. Tahniah, Cik Hanna. Semoga terus menyuntik semangat berkongsi karya-karya yang bermutu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komentar sdr Tetamu Istimewa itu. InsyaAllah akan sentiasa usaha berkongsi sesuatu yang baik dan berkualiti. Begitu juga dengan sdr Helmi. Moga lahir lagi karya2 yang bermutu tinggi dalam bidang ilmu dan pengalaman sbg guru

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages