berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, July 28, 2013

Kembara ke Perlis

Salam Ramadhan salam kemuliaan,

Alhamdulillah, sudah sibuk-sibuk di Bandung selama seminggu untuk program MASTERA 2013, pulang sahaja ke KL terus kena pergi Perlis. Alhamdulillah, merantau lagi. 

Awalnya perlu ke Perlis pada awal Julai 2013. Namun ditunda pada 14 hingga 16 Julai 2013. Alhamdulillah selama berada di sana, suasana sawah padi menyapa perasaan yang tenang (sebelum diuji dengan suatu perasaan kehilangan). Kiri dan kanan semuanya padi. Hijau dan indah.

Tujuan ke Perlis ini bukan semata-mata untuk melihat tempat orang, tetapi atas tugas sebenarnya. Biasalah. Saya di unit pameran. Jadi program Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 kali ini lokasinya adalah di Perlis. Sebagai kumpulan yang mengendalikan pameran, BBK adalah salah satu program besar DBP.

Menginap di Hotel Sri Malaysia. Banyak kenangan manis kami di sana. Hari pertama berbuka bersama-sama ahli kumpulan yang terdiri daripada 3 lelaki dan 1 orang perempuan. Wah, jadi adik manja lah saya masa tu. hihi. Berpusing-pusing juga di sekitar bandar Kangar mencari bazar Ramadhan. Susah nak jumpa. Akhirnya hanya bazar kecil yang kami jumpa, di situ saya borong air asam boi. hah, sedapnya. Kemudian kami berbuka puasa dengan penuh rahmat Allah di gazebo yang disediakan pihak hotel. Indahnya.

Alhamdulillah, hari berikutnya bos belanja makan seafood di Kuala. Berhadapan Hotel Brasmana. Sedap dan murah.

Tugas kami pun berjalan lancar. Lawatan lokasi pameran siap sudah dimasukkan dalam laporan. Esoknya kami sempat ke Padang Besar. Apa yang saya beli? Kekacang untuk raya. Itu je lah. Ketika dalam perjalanan pulang pula kami singgah di Pekan Rabu, Kedah. Sempat lah saya membeli ikan pekasam dan ikan kering untuk mak dan ayah.

Alhamdulillah, pengalaman yang indah. Bulan Ramadhan membawa seribu rahmat dan keberkatan.

dan kehilangan,
berganti riang kehidupan,
hikmah-Nya sudah cukup terhidang,
nikmati sahaja tanpa perlu banyak alasan. 

Senyum untuk masa hadapan. 

hijau padi ciptaan Ilahi. Subhanallah.

pemberian pihak Perpustakaan Negeri Awam Negeri Perlis, di sana kami berbuka puasa pada jam 7.40pm.

Rakaman sawah padi dari dalam kenderaan yang sedang bergerak. Suatu hari nanti mahu datang lagi dengan insan tersayang. :)

Rakaman foto papan petunjuk, penting sebagai kenang-kenangan ketika mengembara.
 

6 comments:

  1. Mesti seronokkan. Bekerja sambil melancong.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, seronok. Itulah antara takdir terindah Allah kan. Saya memang bercita-cita untuk jadi pengembara, pergi tempat orang dan menikmati alam ciptaan Tuhan. Ikutkan pendapatan dan ruang masa sekarang, mungkin tidak memungkinkan saya untuk buat semua tu. Tapi jalan cerita Allah, saya dapat pergi sana-sini sambil bekerja. Alhamdulillah, besar hikmahnya. :)

    ReplyDelete
  3. Kak, papan tanda Alor Setar, Langgar tu merupakan susur keluar tol yang paling hampir dengan rumah saya....=)

    ReplyDelete
  4. Iyakah? Dah dekat tu... InsyaAllah tiada aral Oktober akak ke Perlis lagi. Bersempena tugasan luar meraikan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013. :)

    ReplyDelete
  5. Ya ke, eh nanti akak bagi tahulah ya bila. Kalau di Perlis tu selalu buat di IPG Perlis. Apa-apa, nanti akak bagi tahu ya. Rindu juga kat akak saya.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, 9 - 11 Oktober (sekiranya tiada perubahan daripada bos). Lokasi di Dewan Wawasan 2020 (acara perasmian) dan di Perpustakaan Negeri Perlis (pameran bulanan). InsyaAllah jumpa nanti ya! Rindu adik juga. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages