berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, July 28, 2013

MASTERA (CERPEN) 2013, saya datang.

Salam Ramadhan salam kemuliaan,

Terasa lama benar tidak 'update' kisah di sini. Beberapa bulan yang menggembirakan. Tidak kurang juga berita-berita menyedihkan turut hadir sama-sama memeriahkan kehidupan. 

Syukur kepada Ilahi. Dalam kesempitan ruang untuk berkarya, masih ada juga karya-karya yang tersiar di media cetak. Karya-karya baharu yang sempat saya tuliskan ketika punya senggang masa. Terima kasih Allah. 

Paling indah, apabila kali ketiga Allah tawarkan saya mengikuti program MASTERA. Kali pertama dan kedua dahulu saya terpaksa menolak atas rasa takut (belum pandai berdikari ke negara asing) dan ketika itu masih belum punya wang yang mencukupi untuk ke negara orang. Iyalah, pastinya ketika itu semua ditanggung pihak penganjur, namun ketidakyakinan menghalang untuk saya ke sana. Alhamdulillah, peluang ini bukan biasa-biasa. Tahun ini Allah buka 1 lagi peluang untuk saya. Alhamdulillah juga, saya berkelapangan, berkeyakinan dan dimurahkan rezeki untuk mengikuti program MASTERA (Cerpen) di Bandung, Indonesia. 

23 Jun 2013, menginap di Jakarta sebelum esoknya ke lokasi MASTERA iaitu di Bandung. 24 Jun hingga 30 Jun, proses mendalami ilmu penulisan cerpen berlangsung penuh bahagia. 1 Julai menginap di Jakarta sebelum pulang ke Kuala Lumpur. 

Alhamdulillah, indah kurniaan Allah.

di sini seperti hilang segala duka,
ingin sahaja hati ditinggalkan di sini,
namun hakikat hidup,
tidak seperti bayangan mimpi,
realiti pahit manis,
teruslah dihadapi sekuat hati. 

gambar kenang-kenangan di TANGKUBAN PARAHU, BANDUNG. Tuan S.M Zakir (pembimbing), Kak Becky, saya dan Abang W.B Rendra (kami peserta dari Malaysia yang bertuah).

Ini sesi memperkenalkan diri pada malam pertama. Gugup disaksikan peserta dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pengalaman indah yang hebat.

bersama-sama Iya (Fadriah Syuaib) peserta dari Indonesia, melukiskan saya versi kartun. Di tengah-tengah itu peserta dari Singapura yang nakal, Aqmal.

Pemandangan di gunung Tangkuban Parahu, merakam kenangan indah alam.

Kami dikuliahkan di sekitar alam hijau yang dinging dan selesa ini.

Di sini ilmu dicurah.

Degup jantung bergetar hebat tatkala surat tawaran diterima. Dan proses menyediakan persiapan bermula.

Inilah lokasi kami menginap dan bercerpen. Lembang Asri Resort. Sangat sejuk sebab kami berada benar-benar di atas puncak.

gambar dari atas puncak.

salah satu lokasi idaman. Nak mandi tapi segan. Kolam renang atas puncak, sekali celup kaki menggigil seluruh tubuh. hehe.
 

6 comments:

  1. Hebatnya! Bertuahnya badan. Bagaimana di tawarkan? Bukan calang-calang orang boleh ditawarkan.

    ReplyDelete
  2. Ya, Alhamdulillah. Kuasa Allah jua yang mengatur semua ini. 2 tahun lalu saya ditawarkan dalam kategori novel dan skrip, namun atas ketidakyakinan saya menolak. Allah beri peluang tahun ini sekali lagi, bidang cerpen. Alhamdulillah, rezeki kali ini tidak boleh ditolak.

    Kata pihak peganjur, pemilihan peserta adalah dari penilaian panel yang telah ditetapkan. Saya juga tidak tahu apa kriterianya. Alhamdulillah atas semua rezeki yang Allah kirimkan ini.

    ReplyDelete
  3. Oh, bukanlah dihantar penyertaan? Mereka yang pilih tanpa perlu mengisi apa-apa borang penyertaan. Mereka yang tawarkan? pasti saudari beruntung.

    ReplyDelete
  4. Yang itu saya tidak pasti. Tapi yang pasti saya tak isi borang apa-apa. Alhamdulillah, rezeki kan.

    ReplyDelete
  5. Ok. Nanti saya baca tulisan saudari di Dewan Sastera. Tahniah, sekali lagi.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Tetamu Istimewa... selamat membaca :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages