berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, August 14, 2014

Dahulu Aku Tukang Cuci



Ini antara entri pertama ditulis selepas enam bulan saya menyepi. Bukanlah menyepi kerana tak mahu menulis. Tetapi menyepi kerana terlalu sibuk dengan tugasan pekerjaan. Dan sekarang, saya kembali menulis. Adakah disebabkan saya tidak sibuk? Tidak juga... sibuk masih tetap sibuk seperti biasa. Cuma kali ini saya berhajat untuk mula menulis kembali di blog. Biarpun saya sendiri yang membaca, atau ada penulis blog lain yang datang singgah dan membaca... biarlah tulisan saya nanti menjadi tulisan yang bermanfaat.

 
pinjam gambar dari google

Cerita pertama saya hari ini ialah... di pejabat saya, ada seorang tukang cuci baharu. Tukan cuci di pejabat saya memang silih berganti. Bergantung kepada susunan jadual pihak mereka atau pun kerana tukang cuci lama yang merupakan 80% warga asing, dihantar pulang setelah pas pekerjaan mereka tamat. Lalu bergantilah tukang cuci baharu.

Kali ini tukang cuci di pejabat saya ialah seorang mak cik. Usianya mencecah 63 tahun. Dia bilang dahulu dia berkhidmat sebagai tukang cuci di balai polis. Tapi kerana sudah tamat tempoh umur berkhidmat, mak cik tu pun pencen. Adat sudah terbiasa bekerja, mak cik tak reti duduk diam... berusaha mencari kerja. Akhirnya mak cik ini mendapat pekerjaan sebagai tukang cuci. Itulah pekerjaannya dari dahulu hingga kini. Dia amat suka dengan pekerjaannya.

Mulai saat itu, mak cik pun bekerjalah di tempat saya. Pada awal hari melihat dia masuk ke dalam pejabat kami....tiba2 sayu je rasa hati saya. Iyelah mak cik seusia 63 tahun itu masih gagah. Cekap membuat kerja. Melihatnya mengingatkan saya ketika pengalaman bekerja sebagai tukang cuci dahulu. Pada waktu itu saya baru habis SPM. Sempatlah menjadi tukang cuci sebagai pekerjaan sementara.

Bukan mudah pekerjaan ini. Lebih-lebih lagi apabila tugasan saya ini melibatkan kawasan Pusat Kesihatan. Jika ditugaskan di kawasan Kecemasan, hadaplah saya dengan darah2 daripada luka orang kemalangan, berjejeran darah2 mereka dan saya hadir sebagai tukang mop. Wow, baru saya tahu ketika itu bahawa saya ini seorang penggeli. Sesekali terdengar erangan pesakit ketika lukanya dicuci oleh Pembantu Perubatan. Wah, ngeri melihat lutut terkoyak dan berdarah....

Paling berat mata memandang kepada mak cik tadi apabila kudrat pikunnya memerlukan dia membuat tugasan vacum kawasan pejabat, cuci tandas dan mengambil serta membuang sampah-sampah. Bukan itu sahaja, mak cik ini perlu membersihkan tiga tingkat. Kiranya mak cik ini mak cik kawasan lah ni.

Tapi, hari ini setelah seminggu mak cik tak datang, saya pula jadi risau. Apabila terpandang tukang cuci baharu, saya cuba tanyakan khabar mak cik itu. Oh, rupanya mak cik itu sudah ditukarkan ke tingkat lain. Sekarang dia hanya jaga 2 tempat sahaja. Berbanding dahulu 3 tingkat. Menurut tukang cuci senior, mak cik tidak larat untuk naik turun 3 tingkat. Jadi pihak mereka memberikan mak cik 2 tingkat sahaja.

Biar di mana mak cik berada, doa saya agar mak cik sihat selalu. Dan moga mak cik bahagia dan dilindungi Allah. Amin.

4 comments:

  1. Assalamualikum, Cik Hanna. Moga dengan wajah baru blog ini membakar semangat Cik Hanna untuk terus menulis. Saya menanti coretan Cik Hanna dalam blog ini.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam, Cikgu Helmi. Alhamdulillah ada juga yang sudi berkunjung dan membaca blog saya. InsyaAllah, saya sedang asuh semangat semula untuk menulis kembali. Apabila sudah lama tidak menulis, skil penulisan jadi kaku rasanya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    wah entry pertama (sejak menyepi) yang panjang... hehehe... tahniah.. semoga kembali mewarnai blog ini.
    entry ini sangat bagus... membuka mata supaya kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata, tidak sombong walaupun sudah berjaya.. InsyaAllah ...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam,
    Alhamdulillah... terima kasih Sdr. Tinta Ungu.
    Benar tu, walaupun sudah Berjaya... beringatlah selalu akan asal usul kita. Moga2 menjadi yang terbaik di sisi-Nya. InsyaAllah... :)

    Selamat menulis kembali buat sdr juga. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages