berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, August 20, 2014

Pencarian dalam Sebuah Kembara



Dalam hidup ini, apakah yang lebih indah selain daripada kita dapat mencapai keinginan yang tertanam jauh di lubuk hati?

Salah satu keinginan saya ialah mengembara. Saya gemar mengembara / merantau / bermusafir. Mungkin antara tiga perkataan itu mempunyai makna yang berlainan. Namun, di akhir keinginannya pasti ada satu persamaan. Mencari pengalaman, mencari maksud hidup atau mencari ketenangan. Lingkungan ‘pencarian’ yang tidak akan pernah habis.

Begitulah... hidup yang penuh dengan pencarian. Terkadang sesuatu maksud itu jelas kelihatan di hadapan mata, tetapi tuhan mahu kita mengenal-Nya dengan lebih dalam lagi. Tuhan hantar kita mengembara, menjadi perantau dan bermusafir untuk kita tahu indahnya menemukan maksud pencarian.

Buat masa ini saya gemar mengembara di tempat dekat2 sahaja. Iyalah, mahu mengembara jauh2 saya tidak punya keberanian lagi. Tahap keyakinan untuk mengembara bersendirian masih rendah. Memikirkan pelbagai faktor keselamatan, seeloknya pergilah ke mana-mana berteman. Sekurang-kurangnya jika ada kecemasan tidaklah panik dan masih ada tempat untuk bekerjasama menyelesaikan sesuatu masalah. Walau apa pun kebergantungan kita kepada tuhan adalah utama. Apa2 jua yang berlaku telah ada dalam rencana-Nya.

Merenung senja yang ditinggalkan di Perhentian KTM Segamat.

Saya ceritakan sedikit pengalaman kembara dekat2 saya ini antaranya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labis. Menaiki kereta api. Itulah rutin yang paling saya suka. Jika tiada tiket kereta api, saya akan pulang ke desa dengan bas. Mengembara dengan kedua-dua kenderaan awam ini berbeza keseronokkannya.

Antara permandangan indah yang saya tangkap gambarnya dari dalam jendela kereta api. Subhanallah, cantik.

Saya lebih selesa dengan kereta api. Pertama kerana sepanjang perjalanan tidak bosan. Jika mahu buang air ada tempat selesa disediakan. Boleh makan2 bekalan nasi dan lauk2 dengan selesa. Tidak risau bekalan makanan tumpah kerana kawasan duduknya sedikit luas dan ada tempat meletak makanan khas disediakan. Suasana di dalam kereta api ini sentiasa terang. Jadi bolehlah kita membaca sepanjang perjalanan dengan selesa. Saya suka membaca di dalam kereta api. Terkadang boleh habis satu buku nipis atau komik dalam satu perjalanan. Jika berasa letih, bolehlah meregangkan otot, berjalan-jalan ke gerabak lain. Atau sahaja duduk2 santai di sela2 antara dua gerabak. Namun, pastikan keselamatan diutamakan. Jangan sesekali membuka pintu utama ketika kereta api sedang bergerak.

gambar pohon pisang yang masih kecil, dikelilingi bunga-bunga ungu... pandangan cantik singgah jatuh dalam hati. :)

Yang paling indah, pandangan di luar jendela. Seringkali terhidang pandangan alam hijau, rumah2 kampung, sungai-sungai dan deretan kenderaan yang beratur di luar palang laluan jalan raya menghala ke laluan kereta api.

Sementara menanti ayah datang bawa saya pulang, kita 'selfie' sebentar dengan badan / gerabak kereta api... KTM Labis. :)

Terkadang, jika bertuah ada sahaja dapatan ilham tercetus dari dalam kereta api. Melalui orang-orangnya mahu pun suasananya sendiri. Indah!

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    semakin rajin menulis ya :-)
    seronok membaca tulisan Has. terimbau2 kenangan zaman belajar di UKM. Ya, naik keretapi seronok juga kan, Namun, abang lebih suka menaiki bas. hehehe... terasa lebih cepat sampai. Namun, jika jalan sesak... memang terasa azab... lagi2 waktu itulah mahu ke tandas... aduhaiii... :P

    ReplyDelete
  2. waalaikumsaam...
    Alhamdulillah, kena rajin. Ini seolah-olah melatih diri untuk menulis. Semoga Has istiqamah. Amin. hehe

    Azabnya jika hendak terkenc atau terberr apabila ada dalam bas. Mana mahu cari tandas wooo... hehe

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages