berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, October 3, 2010

Karya hJ dan kejayaannya di hati


Kejayaan yang meniti kala ini, syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Alhamdulillah, pembukaan Oktober 2010, karya hanna berjudul LARA ATMA tersiar di majalah Tunas Cipta. Pagi Jumaat yang indah, jam 8.45 pagi...sebelum hanna menuju destinasi ke tempat kerja, seorang posman yang rajin datang membawa sampul surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengirimkan sebuah majalah seperti gambar di atas kepada hanna. Jumaat yang dipenuhi keberkatan, hanna langsungkan dengan rasa syukur yang amat dalam. Terima kasih Allah. :)

Syukur sekali lagi, hari ini (Ahad bersamaan 3 Oktober 2010) seorang kenalan lama sms dengan menyatakan 'masuk paper nampak'...hanna merisik kepadanya, dan dia beritahu ada cerpen hanna dalam ruangan akhbar Berita Minggu. Cepat-cepat hanna mandi (masih pagi lagi), bersiap untuk keluar membeli akhbar. Tiba di Petronas (kedai akhbar paling dekat dengan rumah), setelah bayar RM 2, hanna bergegas membuka halaman yang dikhabarkan. Alangkah teruja dan terkejutnya hanna apabila melihat sajak hanna juga tersiar serentak dengan cerpen.

Syukur yang tidak terhingga. Kejayaan di hati berbunga ria. Cerpen "Kerana Takdir Itu" dan puisi " Sebuah Pemergian" mendapat tempat di ruangan Sanggar Kreatif hari ini. Alhamdulillah.

Masing-masing mengisahkan tentang sebuah pemergian...hmm.

Tahniah hasni Jamali a.k.a hanna Johan. :) moga pembaca dapat mendalami makna yang ingin disampaikan.

(gambar akan hanna muat naik beberapa hari nanti, ya)

5 comments:

  1. Tahniah Hanna! Tak sangka ya, cerpen dan puisi keluar serentak. Ini cerpen pertama keluar di Berita Minggu?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Siti... syukur. Memang hanna terkejut sangat. Langsung tidak menyangka.

    Ya, ini cerpen pertama tersiar di akhbar. Sudah baca? saya tunggu komennya. :)

    Terima kasih ya sudi membaca karya saya.

    ReplyDelete
  3. Saya kembali:)

    Hanna, saya dah baca. Sorry, sedikit ketinggalan. Sedih sangat, sebak dada saya membacanya. Tahniah ya, kerana berjaya membuatkan pembaca seperti saya berperasaan seperti itu. Ini suatu pencapaian yang bagus. Karya awak berjaya meninggalkan kesan mendalam terhadap pembaca.

    Cayok2 ok.

    ReplyDelete
  4. salam manis, Siti :)

    Terima kasih ya kerana sudi membaca walau lambat atau cepat.

    Alhamdulillah, selalunya saya memuji tulisan pengarang lain yang menyentuh hati saya. Syukur, Siti dapat merasakan hibanya. Saya juga menangis ketika menulis kisah ini.

    Terima kasih Siti, selamat membaca lagi ya. :)

    ReplyDelete
  5. Kasihmu diterima, heheh.

    Saya juga impikan untuk menghasilkan karya seperti itu, bisa meruntum hati pembaca.

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages