berkarya itu indah

berkarya itu indah

Friday, October 15, 2010

Kerja Sambilan


Nak cari wang bukan senang. Usaha yang panjang, gigih dan jangan lepas tangan. EH? :) Hidup tidak selamanya, masa yang ada kena guna sebaiknya. (Merepek apa ni???) sebenarnya hanna saja nak masukkan entri kali ini. Sekarang hanna amat menyibukkan diri dengan kerja-kerja sambilan. Selain daripada menghadap komputer di kedai, mereka kad undangan perkahwinan orang, menyiapkan tempahan seperti mencetak dan melipat kad jemputan...hanna juga ambil kesempatan menghantar resensi novel kepada pihak media cetak. Alhamdulillah, editor media itu sendiri sudah berikan tarikh dan ini bermakna hanna perlu siapkan. Moga berhasil yang terbaik.

Dalam kesempatan ini, hanna juga belajar membaca novel (ha, belajar???) Bukan apa, sebenarnya hanna dahulunya bukanlah kaki novel. Tetapi sejak hanna mendapat kawan-kawan yang kaki novel, hanna jadi kagum dan mahu jadi seperti mereka. Jadi apa? Jadi pembacalah...Kagum la hanna lihat mereka yang suka baca novel ni boleh membaca novel yang tebal dalam masa yang singkat. wah! bak kata Master Ji dalam DID Little Master "Kya Bat Kya Bat Kya Bat" :) (Tabik spirng untuk mereka)...dan kini hanna juga mahu ikut jejak langkah yang baik ini.

Oh, rupanya satu kelegaan yang hebat apabila dapat membaca sebuah novel yang terpilih dek hati. Mula-mula dulu hanna cuba-cuba baca novel alaf 21 yang banyak dibeli adik. Tak ingatlah novel pertama apa yang hanna dah baca sampai habis (sebab hanna dulu-dulu baca novel tak habis, sebab tebal dan bosan)...tapi yang memikat hati hanna ialah novel Pesona Sandora. Novel ini Chempaka Aizim yang cadangkan pada hanna. Memang berkuasa! hanna baca dalam masa 3 hari je. (anugerah untuk diri sendiri kerana berjaya habiskan pembacaan dalam masa 3 hari)- untuk budak baru belajar membaca novel sahaja macam hanna ni. hehe...

Kemudian, novel Kak Ruhaini Matdarin (dah kenal rapat ke sampai panggil akak?) yang kedua hanna miliki berjudul Jendela Menghadap Jalan. Dan yang terbaru, karya kak Ruhaini yang hanna miliki ialah Nurbalkis pemberian seorang teman baik yang pemurah. Kemudian lagi, Kak Ruhaini sendiri mengepos kepada hanna sebuah noveletnya yang datang khas dari Sabah iaitu Racunda. Wah! Tahniah kepada hanna, suatu penghargaan yang hanna rasa hebat.

Kenapa kak Ruhaini jadi bualan di sini? Sebab, karya yang sedang hanna ulas untuk dihantar kepada media ialah karya Nurbalkis. hmm, nantikan ulasan hanna (insyaAllah jika diterima editor) dan pastikan anda membelinya ya. :)

Ini antara kerja sambilan hanna, sebenarnya ada beberapa keperluan yang ingin hanna dapatkan. Dan sekarang sedang mengumpul wang untuk membelinya. Bukanlah bidang penulisan ini hanna harapkan wang, cuma sebagai suatu insentif kepada diri untuk mendapatkan keperluan. InsyaAllah, usaha gigih pasti berjaya!


6 comments:

  1. Aik, tangan kidal kah? Patut la menulis ayat power, hehe.

    Tapi pelik la, hanna pandai menulis puisi, cerpen...tapi tak minat membaca novel. Selalunya orang yang minat membaca membuatkan dia tertarik untuk menulis...hmm.

    ReplyDelete
  2. :) power ea? hehe...terima kasih. biasa-biasa saja.

    hanna bukan tak suka, tapi belum kenal erti suka pada novel (masa dulu-dulu)...sekarang dah suka dah. Hmm, mungkin dulu hanna tak minat baca novel, tapi minat baca buku lain-lain...macam2 kan buku ada. lagi2 buku puisi...minat habis la. :)

    ReplyDelete
  3. Owh,. bagus la macam tu, membudayakan sastera.

    ReplyDelete
  4. Semoga kamu sukses dan sihat sejahtera selalu, Hanna :)

    ReplyDelete
  5. Siti: Ya, insyaAllah selagi ada daya dan mampu. Akan terus membudayakan. :)

    ReplyDelete
  6. Kak Ruhaini: Terima kasih atas nasihat dan amanat. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages