berkarya itu indah

berkarya itu indah

Friday, December 24, 2010

Hajat Tidak Kesampaian

Melalui entri lepas yang hanna kisahkan tentang tersiarnya sajak Kanda Penguat Kalbu, sebenarnya ada kisah sayu di sebaliknya. Ingin sekali hanna kongsikan di sini. Buat tatapan sendiri dan pembaca (kalau ada yang sudi bacalah, kan) :) err...

Begini,

Cerita ini tiada kaitan dengan tertulisnya sajak ini sebenarnya. Tetapi mengapa atau sebab hanna memilih Mingguan Wanita sebagai wadah penyampaian sajak Kanda Penguat Kalbu (KPK).

Suatu masa dulu (beberapa bulan lalu), hanna masih mempunyai seorang kakak sepupu yang selalu membeli Mingguan Wanita (MW). Setiap keluaran dia beli. Hanna ingat lagi, sewaktu dia ingin pulang ke tempat kerja sebagai jururawat di Muazam Shah, di Kuantan.. (air mata mula bergenang) hmm... :( hanna selalu yang hantarkan dia ke stesyen bas dan kakak sepupu hanna sering membeli MW sebagai teman perjalanan.

Setelah dia punya kereta sendiri, dan pulang ke kampung kami dengan kereta baharu...MW tetap jadi pilihan. Kadang-kadang ada MW dalam kereta, kadang-kadang hanna jumpa MW di katilnya. Hanna suka baca. MW banyak info dan petua. Ketika masih hijau di bidang penulisan ini (sekarang pun masih lagi hijau dalam bidang penulisan), hanna berangan-agan mahu hantar dan berharap moga tersiarnya karya hanna di MW. Kemudian, hanna akan menunjukkan kepada kakak sepupu khabar gembira ini. Tetapi....

Segalanya hanya tinggal harapan. Karya pertama hanna di MW ialah dalam edisi 17-23 Disember 2010. Sedangkan, kakak sepupu telah berbulan meninggalkan hanna. Dia sudah tiada buat selama-lamanya. Hanna pendam kisah ini daripada keluarga, terasa sayu untuk berkongsi dengan mereka secara lisan. Namun, sayu ini hanna lepaskan pada kamu (blog).

(Tarik dan hembus nafas sayu). Moga roh kakak sepupu dicucuri rahmat selalu. hanna rindu kakak. rindu sangat-sangat.

(ketika ini hanna sedang dengar lagu 'Izinku Pergi' daripada Kaer) ...

2 comments:

  1. Sabar ya, ada hikmah di sebalik semuanya.

    ReplyDelete
  2. Hai Siti, ya pasti ada hikmah...Tentunya yang terbaik dari Maha Pencipta. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages