berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, January 2, 2011

2010 2011

Alhamdulillah, 2010 yang telah pergi meninggalkan banyak sekali liku perjalanan yang memberi pengajaran pada hidup. Segala kisah suka dan duka, memberi makna yang mendalam pada diri untuk menjadi lebih baik dan memberi yang terbaik.

Moga setiap kedukaan yang berlaku pada 2010 tidak akan berulang lagi pada 2011 dan tahun-tahun yang mendatang. Dan semoga 2010 yang memberi kemanisan pada pengalaman-pengalaman hanna akan berulang lagi dan bertambah manisnya pada tahun 2011 dan tahun-tahun yang menjelma.


Alhamdulillah, segala syukur bagi Allah. 2010 memberi banyak peluang hanna untuk bekarya dan menghantarnya ke media dan akhirnya diterima lalu disiarkan di dada-dada akhbar dan majalah. Syukur. :)

2011 ini, dua buah sajak hanna tersiar iaitu di Tunas Cipta dengan judulnya Semilir Pelangi Sepi dan majalah Fokus SPM yang bertajuk Tahun Baru Datang Lagi. Moga selepas karya ini, akan lebih banyak lagi karya hanna mendapat laluan untuk disiarkan dan dihargai di media-media. hanna juga mengharapkan karya-karya tulisan hanna dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Amin.

1 perkara yang buat hanna tersenyum juga. 2010 menemukan kami. Moga hubungan ini kekal dalam lindungan Allah selamanya. Amin, ya Tuhan. (merah pipi)

Selamat datang 2011, moga terus dihulur barakah yang amat bermakna. Amin.

2 comments:

  1. Tahniah. Saya dah baca Semilir Pelangi Sepi. best2!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih Siti. Syukur sangat, sajak ini memberi pelbagai pujian buat saya daripada teman-teman dan sahabat-sahabat.

    Terima kasih Siti. Moga memberi manfaat kepada Siti ya. AMin. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages