berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, May 19, 2011

Dugaan diperli: Membaca

Salam bahagia,
alhamdulillah... internet agak baik.

Hari ini aku habis baca sebuah buku yang dahulunya aku tak beberapa minat dengan penulisannya. Judulnya Diari Mat Despatch. Sebuah karya BB. Terbitan PTS. Aku pernah katakan kepada seorang sahabat yang amat suka membaca, kataku dalam sms "awak, saya dah mula baca semula Diari Mat Despatch. Saya rasa tahap pembacaan saya semakin baik. Saya dah boleh terima cara penulisannya yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi." (lebih kurang beginilah sms aku kepada sahabat yang kugelar FT).

Aku bersyukur sangat. Sebab kataku lagi kepadanya yang mengucapkan 'tahniah!' atas kejayaanku, "mungkin sebab sekarang ini saya sudah tiada kehidupan sosial seperti masa-masa di U dulu. Jadi teman saya sekarang ialah buku yang setia."

Aku amat akui. Tahap pembacaan aku dulu hanya biasa-biasa. Tapi sekarang ini aku bersyukur, tahap pembacaan aku semakin lancar dan aku jadi cinta kepada sifat suka membaca. Dengan membaca yang lancar ini, butir-butir ilmu terus melekat dalam otak. Tanpa perlu ulang baca ayat banyak kali. Kebiasaannya perbuatan itu akan berlaku apabila pembacaan tidak lancar dan tidak fokus. Mulalah baca ayat yang sama berulang-ulang. (macam-macam ragam) hehe...

Paling tidak enak, adik aku selalu tegur... "Ha, kopek bibir tu kopek!" Teguran tajam daripada adik. Betul juga tegurannya tu. Entah mengapa, setiap kali proses membaca jari kiri aku suka sangat melekat pada bibir. Kemudian satu per satu aku kupas kulitnya. Akhirnya menyebabkan bibir berdarah dan tak cantik lagi. (buruk benor perbuatan ni!) -Janji pada diri jangan buat lagi. aset tu! hehe...

Oh, ya. Ada satu kisah aku nak ceritakan. Tengah hari tadi aku keluar dari cyber cafe. Kemudian singgah di kedai buku di sebelah cyber cafe tu. Aku beli akhbar dan sebuah komik seram. Lalu selepas beli aku letakkan naskah2 itu di dalam bakul motor. Ada lah seorang mak cik ni tegur aku, "Ko pegi mana? Ai, beli buku lagi? ke pegi cc?" Aku tak jawab pun bab beli buku tu. Aku rasa pelik sangat bila dia tekankan 'lagi' tu. Memang aku suka beli komik, majalah dan akbar dari kedai buku tu. Tapi, salah ke? Mungkin di desa ini orang pelik bila lihat seorang yang sudah tamat belajar atau seorang yang dah tidak terikat dengan sekolah atau institut pendidikan lain masih bersama buku walau ke mana mereka pergi. Mungkinlah. Sebab aku berani bercakap begini, aku dah banyak kali kena perli sebab suka membaca atau bawa buku ke mana-mana aku pergi. Mereka belum sedar, membaca membawa ilmu yang penting sekali dalam hidup.

Aku berdoa suatu hari nanti mereka terdetik hati untuk membaca dan ditemukan dengan bahan-bahan yang baik untuk jadi bekal hidup di dunia dan akhirat kelak. Amin.

Sekian dahulu ceritaku pada malam ini atas sebab internet yang laju,

hJ yang Manis.


No comments:

Post a Comment

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages