berkarya itu indah

berkarya itu indah

Friday, May 13, 2011

Fahamilah Tugasku

Hmm, aku bersyukur kepada-Mu wahai Allah. Dalam kesempitan yang aku alami sekarang ini, Kau beri aku rezeki lagi dalam bentuk yang lain.

Gagal menemui cinta manusia bernama kekasih, membuatkan aku tabah. Walau di dalamnya kadang kala terkenangkan keperitan. Namun, itu semua dugaan. Aku tahu, Allah akan beri yang lebih baik selepas ini. Amin.

Hmm, bercerita tentang rezeki. Sebenarnya sekarang aku sedang sibuk siapkan kerja-kerja penulisan. Alhamdulillah, walaupun masih baru...tapi aku kena kerja kuat. Ini kerana aku telah memilih kerja penulisan ini sebagai kerja sepenuh masa. Dalam minat yang ada, aku mahu hasilnya juga ada. InshaAllah. Aku mahu bantu keluarga, mahu balas jasa mak dan ayah, mahu balas jasa adik, dan mahu hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Ada rezeki lebih, ramai lagi yang mahu aku kongsikan bersama. Walaupun aku tahu, mereka tidak sesekali meminta balasan. Keikhlasan mereka amat bermakna buat aku. Terima kasih kepada semua yang tahu dirinya sedang aku perkatakan sekarang.

Tugasan2 penulisan yang aku telah dan sedang buat, antaranya: Membaca novel untuk diresensi, iaitu baru-baru ini aku dah habis baca novel Memori Abadi karya Poul Nanggang. Sudah aku hantar ke editor dan InshaAllah akan diterbitkan dalam majalah di bulanan seterusnya.

aku suka diberi tugasan ini (nanti aku ceritakan di entri lain).

Tugasan lain yang sedang aku siapkan sekarang ialah, membaca Kumpulan Cerpen Hanya Makna karya Siti Jasmina Ibrahim. Kemudian akan berusaha untuk membuat ulasan berbentuk karya kritikan sastera pula. Hmm, tugasan ini amat mencabar. Mencabar pemahaman dan pelbagai isi kandungan lagi.

seronok dapat tugasan kritikan ini. (cerita di entri lagi satu, ya)

Lagi, tugasan untuk bulan puasa dan raya nanti. Oh, sudah nak masuk bulan Ramadhan dan Syawal. Terasa begitu sekejap masa berlalu. Tugasan ini berbentuk skrip. Sekarang ini sedang cari idea dan cari konsep untuk tuliskan kisah ini. hmm, apa ya????

Kemudian, manuskrip novel yang perlu disiapkan juga. (mahu cerita di entri berasingan)

--aku memohon maaf kepada teman-teman yang mahu aku melayan sms mereka, tetapi aku ni kurang fokus kalau buat kerja banyak dalam 1 masa. Harap teman2 memahami dan sering mendokong semangat aku. FB buat sementara je deactive, tapi kalau tak tahan karang aku on semula. hehe--

Ok, itu saja. Luahkan perasaan kat sini. bagi hilang stress. Stress ke??? :)

-hJ-

No comments:

Post a Comment

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages