berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, June 10, 2012

MIMPI SUCI #3


(…sambungan…)
Apakah jawatan yang ditawarkan ITBM untuk saya agaknya ya? Senyum… Syukur, rezeki bertambah-tambah. Semoga dengan rezeki ini nanti saya dapat membantu keluarga untuk hidup yang lebih baik. InsyaAllah.
Inilah pekerjaannya!
ALHAMDULILLAH. KERJA BEST TANGGUNGJAWAB PUN THE BEST JUGA! TAHNIAH CIK HASNI. SYUKUR.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada seorang teman. Dia tidak pernah lokek berkongsi rezeki dengan saya. Semoga suatu hari nanti dalam rezeki saya juga ada rezeki untuknya. Amin. Terima kasih sahabat.
Ucap rasa kasih ini turut saya hulurkan kepada kedua-dua kakak angkat saya, yang tidak pernah putus mendoakan kejayaan buat saya. Mereka juga antara insan penting yang setia bersama saya ketika duka dan suka. Alhamdulillah, semoga mereka mendapat rahmat melimpah daripada Allah. InsyaAllah. Amin.
Terbaru ini, saya sedang mengerjakan 7/10 cerita pendek untuk Murnibooks. Wah, sungguh mencabar! Sangat sukar menulis cerita pendek antara 150-170 patah perkataan ini. Sudah biasa berkias-kias, tetapi akhirnya terpaksa memotong perkataan-perkataan yang lemah dan memanjangkan ayat. Cabaran, ianya penting untuk melahirkan karya bermutu di masa hadapan. Yeh!
Ini sahaja untuk hari ini… mahu sambung menulis cerita ke empat dan berharap siap pada hari ini juga! Amin.
Tidak sabar mahu berkongsi cerita lagi. Tentang buku baharu yang baru selesai baca dan cerita tentang idea dan makan.
JUMPA LAGI!
(…BERSAMBUNG…)

4 comments:

  1. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... I'm truly happy for you, adik.
    Bangganya! Teruskan! Sukanya...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! :) Semoga sdr Helmi juga terus berjaya! :)

    ReplyDelete
  4. Mama Bella,

    Syukur. :) Saya juga teruja dengan semangat yang dialirkan oleh Mama. Semoga mencapai kejayaan bersama-sama ya :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages