berkarya itu indah

berkarya itu indah

Saturday, June 2, 2012

Separuh Purnama


2012/

Sudah separuh purnama berlalu. Jun, datang lagi menggamit usiaku yang ke 25 tahun. Dengan nafas yang bersulam sendu, aku bersyukur, Allah masih mahu memberi nyawa hidup dalam jasadku.

Alhamdulillah.

Jun yang hadir, kunilai kembali jalan-jalan yang telah aku lalui. Aku sendiri mengembara ke dalam memori, yang telah lama aku lupai. Satu per satu aku jelajahi. Aku buka semua tulisan-tulisan lamaku. Melihat, membaca dan menilai sendiri. Betapa aku jatuh hati kepada penulisan lamaku. Yang kini tidak sama lagi.

Aku tertanya-tanya, aku bersoal-soal kepada diri. Jawabnya... 'bukankah ini tandanya masa yang sudah banyak berubah?' 'Bukan masa yang berubah, tetapi diri dan persepsi hati yang menulis. Adakah masih sama niat dan jiwa menulisku kini dan suatu ketika dahulu?'

Ya, itulah persoalan dan jawaban sebenar yang perlu aku perjelaskan kepada diri. Aku masih mencari, sebab dan alasan yang wajar...

Hingga kini, aku masih tidak mampu menulis panjang. Aku sedih, dan aku berharap ini bukanlah pengakhirannya... Tidak! Semoga tidak! Amin. :(

2 comments:

  1. Bagi saya dunia penulisan ini adalah suatu proses yang mana ia bermula dari kecil, remaja, dewasa hinggalah tua (matang).

    Moga terus tabah dan sabar dalam menekuni dunia yang penuh misteri ini.

    ReplyDelete
  2. Ya, dunia penulisan memang bidang yang amat misteri! :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages