berkarya itu indah

berkarya itu indah

Saturday, July 7, 2012

Cik Hasni EDITOR Sambilan

Alhamdulillah, siap juga akhirnya kerja-kerja menanda dan menyunting manuskrip ini. Lihat pada gambar, begitu banyak tanda merah! Beginilah tugas seorang EDITOR atau PENYUNTING bagi sesebuah manuskrip sebelum naskah menjadi buku atau novel atau apa jua makalah.
Untuk tempoh ini, saya menyepi begitu lama. Hehe… alhamdulillah akhirnya kembali bersemangat untuk up to date ini blog! Yey!
Saya mahu berkongsi sedikit kisah ketika menyunting manuskrip ini. Bukanlah saya mahu kisahkan tentang kerja-kerja teknikal, cuma berseloroh saja tentang kejadian2 yang menimpa. Uh! Tidak…!
Ketika menyiapkan tugasan ini, saya dilimpahkan dengan rezeki penulisan yang lain yang juga mahukan ia siap pada tarikh yang sama. Kerana tugas penulisan itu sampai dahulu, jadi saya terpaksa siapkan yang itu dahulu. Dalam hati sentiasa takut, gabra dan rasa mahu pecah minda dan otak. Iyalah, bimbang jika ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.’
Alhamdulillah, semua kerja penulisan ini siap pada waktunya. Syukur! Dan sekarang, saya masih menyiapkan kerja penulisan 7 cerita pendek untuk Murnibooks. Alhamdulillah sudah siap 6 per 7. Yang satu ini, kalau dah siap kena buat artikel untuk VC Kreatif pula untuk majalah Kembara Ustaz.
***Doa saya, moga lancar segala idea untuk penulisan-penulisan ini. Moga lancar juga pembayaran dan penghargaan Pihak PENERBIT kepada PENULIS. Amin. Ini juga merupakan kerjaya seorang manusia, di samping melahirkan karya bermutu, bentuk penghargaan dan pembayaran ini juga satu dorongan terbaik untuk pekerja menambah prestasi dan semangat juangnya! Setuju tak???~

4 comments:

  1. Tahniah Cik Hasni dengan apa yang telah dilakukan. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Helmi.

    Ya, kita berjaya sama-sama ya! :)

    ReplyDelete
  3. sy bminat jugak nak buat kerja sambilan edit menuskrip ni. mcm mna nak apply kerja sambilan tu yer cik hasni?

    ReplyDelete
  4. Cuba risik khabar ke ITBM, mana tahu ada ruang kosong yang diperlukan. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages