berkarya itu indah

berkarya itu indah

Saturday, August 11, 2012

BIRU CINTA HATIKU

Assalamualaikum buat diri dan pembaca yang sudi ke mari,

Moga sihat-sihat sahaja ya. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ini kesihatan bertambah baik dan jarang-jarang mendapat penyakit. Ini kerana (formal pula ayat)... erm, sebab segala penyakitkan kan datangnya dari perut atas izin Allah. Jadi kerana perut sudah jarang2 menerima makanan sepanjang siang dan malam, penyakit pun jarang2 datang menjengah wajah. Alhamdulillah, tiadalah sakit, stress dan segala macam keadaan yang membingungkan. 

Alhamdulillah, bulan mulia ini banyak rezeki yang masuk. Syukur kepada-Mu, Allah. Kata emak, 'berkat kesabaran, akhirnya membuahkan hasil juga. Ingat, jangan merungut selalu.' 

'Baiklah emakku...' saya senyum saja dengar nasihat emak yang indah ini.

*** 7 Ogos lalu saya mendapat 'jemputan' temuduga kerja. Jawatan di sektor kerajaan. Segala doa perjalanan pergi dan pulang Allah izinkan selamat dan lancar. Alhamdulillah. Menjadi hairan buat saya, sepanjang berada dalam barisan bersama peserta-peserta temuduga, rasa gementar dan resah seakan kurang. Saya banyak tersenyum dan yakinkan diri agar bersemangat dan usah fikirkan gentar. Hmm, inilah kuasa berselawat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar segalanya dipermudahkan. ALhamdulillah, doa itu dimakbulkan. Sepanjang berada dalam bilik mesyuarat, tempat temuduga... saya diaju hebat soalan-soalan berkaitan isu semasa dan pandangan peribadi berkaitan dunia dan perpaduan. Wow! Soalannya hebat sekali. Dan saya menjawab dengan tenang dan lancar. Alhamdulillah. Namun, keputusan akhir para panel masih belum beroleh jawapan. Ya Allah, moga hamba terpilih antara nama yang berjaya merangkul jawatan ini. Moga juga hamba dapat menitipkan segala ilmu sepanjang berada dalam jawatan ini nanti. Amin, Ya Allah. (kawan-kawan, doakan saya juga ya... terima kasih :) )

*** Judul BIRU CINTA HATI. Pada awal tahun, saya pernah menulis beberapa jumlah matlamat di atas kertas. Saya ikut perlakuan adik perempuan saya, yang kini sebagai Jururawat Masyarakat yang berjaya. :) Katanya, hampir kesemua matlamat yang pernah dicoretkan atas kertas telah berjaya digapai. Alhamdulillah, segalanya lancar kalau kita benar-benar yakin dan percaya akan aturan takdir Allah atas pilihan jalan hidup ini. Dia tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi seorang jururawat. Namun, rezekinya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sejak itu, dia mula menanam cita-cita dan matlamat untuk berjaya dalam hidup. 

Menulis MATLAMAT ATAS KERTAS bukanlah bererti kita mengatur ketat kehidupan sendiri. Matlamat ini berupaya membantu kita agar lebih bersungguh-sungguh untuk menggapai cita-cita. Dan matlamat ini juga mampu memberi jelas kepada kita akan sesuatu yang hendak dicapai. 
Inilah yang saya nak ceritakan (mukadimahnya panjang sangat) hehe...

*awal tahun lalu saya menulis beberapa jumlah MATLAMAT sepanjang 2012. Antaranya: 
1. Memiliki kenderaan (motor) sebelum Mei 2012
2. Mempunyai sebuah buku sebelum masuk usia 26
3. Memililiki Notebook baharu atas keperluan bukan kehendak
4. .... sebagainya

Alhamdulillah, dua buah hati saya berwarna BIRU kini dimiliki. Saya pahatkan pada usaha, sebelum Mei saya mahu milikinya, namun rezeki Allah melancarkan segalanya. Pada Mac Kekasih Biru itu hadir dalam hidup saya. Syukur sangat. Dapatlah saya ke tempat kerja tanpa menyusahkan ayah dan adik untuk menghantar saya selalu. Alhamdulillah, saya boleh tidak mengganggu masa mereka lagi. :)

Alhamdulillah, kini tiap aksara dapat saya luahkan melalui Buah Hati Biru pula. Papan kekunci lebih lembut dan paparan cantik nan indah sentiasa menemani mata. Yang lama masih sayang dan tidak akan terbuang. Saya panggil dia Si Hijau kerana skin cover yang hijau. Si Hijau telah banyak memberi jasa kepada saya sepanjang menjadi Mahasiswi di UKM dahulu. Si Hijau juga yang banyak menabur budi dalam memperkembangkan bakat saya dalam dunia penulisan ini. Terima kasih Si Hijau, terima kasih banyak. Kini Si Hijau sudah kurang stabil dan emak memberi pesan, 'beli yang baharu untuk kegunaan jangka panjang dan moga terlahir lagi karya2 bermutu.'
-Untuk Buah Hati Biru ini pula, sudah dua karya saya tuliskan di dalamnya. Satu artikel yang diminta editor, dan satu lagi cerpen yang saya cuba2 hantar ke media. Semoga ada harapan untuk tersiar nanti. Amin. 

Matlamat kedua, syukur kepada Allah. Sudah Tiga buah buku saya diterbitkan dan berada di pasaran. Semoga novel AKU MAHU LAWAN HANTU, MISTERI GADIS BERBAJU PUTIH dan buku kanak-kanak JOM MAIN laku keras di pasaran. Doa saya selalu, 'Ya Allah, Yang Maha Pemurah... Semoga karya-karya tulisanku laris di pasaran, semoga hasilnya nanti memberiku keselesaan dalam menjalankan ibadah kepada-Mu, semoga karya-karyaku ini mendekatkan pembaca kepada-Mu, Ya Allah. Amin.'  

*Biru Cinta Hatiku, semoga sentiasa membawa harum dalam dunia penulisan Negaraku. InsyaAllah :)



2 comments:

  1. BIRU CINTA HATIKU adakah sebuah novel terbaharu?

    ReplyDelete
  2. Sdr. Helmi, itu sebuah pertanyaan yang mendatangkan idea yang baik buat saya :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages