berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, June 5, 2013

Ilham yang diberi pinjam

Alhamdulillah... Ucapan pertama ini tidak pernah lekang dan sesungguhnya moga ia terus mekar di bibir dan hati saya.
 
Yang mana mahu dimulakan dahulu? Sesungguhnya segala yang hadir ini suatu nikmat bermakna yang tidak terhitungkan nilainya. Alhamdulillah...
 
Sudah 7 Jilid saya bersama-sama VC Kreatif menjadi salah seorang sidang pengarang. Mudah-mudahan usaha ini memekarkan ilham di hati saya dan semua pembaca. Ke Taman Syurga, menghiasi ruangan Kembara Ustaz Jilid ke-7.

Cerpen GARA-GARA KUCEN menghiasi majalah Mingguan Wanita. Cobaan pertama menulis genre komedi yang 'mengajar' dan 'bermakna'... InysaAllah.
 
Moga segala karya saya yang tersiar ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Amin. :)

2 comments:

  1. Wah, nampaknya saya silap beri information. Bukan "Kerana Kucen", rupa-rupanya "Gara-gara Kucen".

    Walau apa pun, tahinah! Moga terus prolifik menghasilkan cerpen.

    ReplyDelete
  2. :) kesilapan adakalanya jalan baik yang mendatangkan kesedaran untuk masa hadapan. Apa pun terima kasih juga ya sudi memberi tahu saya tentang tersiarnya cerpen ini. Sudah lama menanti cerpen dan karya-karya lain yang dihantar tersiar. Menanti itu pasti, insyaAllah ada rezeki terpikatlah hati editor untuk menyiarkannya kan. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages