berkarya itu indah

berkarya itu indah

Friday, May 13, 2011

Begitulah

"Hati terlalu ingin dicintai, dikasihi dan dihargai. Daripada hati seorang lelaki sejati. Yang tidak kenal erti mendukakan, dan sering malu merosakkan hati ini. Tetapi, masanya mungkin belum tiba. Sering sahaja bertemu dengan lelaki yang salah. dahlah... malas nak merepek soal cinta ni. Mungkin belum masanya, dan bukan mungkin tetapi memang belum masanya.

Banyak membaca itu bagus. Lagi-lagi membaca bahan yang berkualiti. Ia dapat mengubati hati dan memberi motivasi tentang kehidupan realiti dan fantasi. Akhirnya, sebagai pembaca aku berjaya menjadi insan yang redha dan sentiasa berusaha yang terbaik. Walaupun menemui kegagalan tetapi itu semua pemangkin semangat. Seperti petikan dalam sebuah artikel, 'cinta dan sayang diri kita betul-betul dahulu sebelum berjaya menerima cinta dari manusia yang lain.'

Ya, ada betulnya. (memang betul!!!)

Langkah terbaik, marilah sama-sama merapat dan mengeratkan diri dengan Allah. Amat-amat rapat. Kerana Allah adalah segalanya. Petikan lain, "Jangan cintakan sesuatu atau seseorang itu lebih daripada cinta kita kepada Allah."

Sesungguhnya, apa yang aku lakukan sentiasa aku ingatkan dalam diri bahawa, 'Lillahi Taala.' Moga ia kekal selalu dan selamanya.

-sekian, terima kasih- hasni hanna

2 comments:

  1. tumpang sedih dengan kisah yang dicoretkan. Tabahkan hati... teruskan perjuangan... cintai apa yang lebih layak untuk dicintai. ;-)

    ReplyDelete
  2. Ya, terima kasih atas sokongan itu Cikgu. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages