berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, May 19, 2011

Pilihan Hati

Assalamualaikum,

Kepada aku dan pembaca blog melatisejati (ada ke yang nak membaca di sini???) -mestilah ada, terima kasih kepada Cikgu Hizazul yang sudi setia membaca dan memberi komen. :)

Sekarang ini aku terpaksa online di cyber cafe. Segalanya gara-gara bbanda aku yang dah terlebih guna GB nya. Jadi sangat lembab. Haiz... (keluhan gaya Chempaka Aizim-seorang sahabatku)

Apa pun moga segala yang kita lakukan diberkati Ilahi.

Sebenarnya, aku nak bercerita sedikit tentang judul entri ini. Aku berani meluahkan sebab aku tahu si dia tak membaca blog ini. Sebab si dia yang dimaksudkan dalam entri ini nanti bukan penggemar internet dan teknologi komputer. tapi, sekiranya mereka membaca... erm, apa salahnya. Terpulanglah. Ini sekadar luahan perasaan aku.

Baik, teruskan perjalanan penulisan kisah judul entri (macam tak tersebut judul ini di mulut)

Begini, pada awalnya aku sering sedih apabila bertemu dengan orang yang salah. Orang yang salah untuk menjadi teman setia pendamping hati. Aku reda, itu semua ketentuan Ilahi yang mahu aku lebih bersedia menghadapi seribu kemungkinan di masa depan dalam memilih teman terbaik untuk hidup ini. Dan juga akhirnya nanti menjadi teman yang terbaik untuk akhirat. Menyebut tentang alam yang satu lagi ini, teman terbaik itulah nanti yang akan mendoakan kita selalu agar tergolong dalam golongan orang2 beriman di sisi Allah. Amin.

Bersama desiran ombak menghempas pantai (kesan bunyi), aku diberi beberapa pilihan oleh Allah sekarang ini. Sekali dihadirkan sebanyak .... orang yang cuba mahu menjadi teman hidup. Kenapa aku berani meluahkan orang itu cuba mahu menjadi teman hidup kerana mereka meluahkan perkara 'lamaran' itu kepada aku. Saat ini hanya Allah yang tahu dan juga melatisejati ini dan adik aku. Kepada Allah, melatisejati dan adik aku luahkan segala tentang hal2 perasaan ini. Kepada Allah segalanya aku luahkan.

Seterusnya, apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah tidak terburu-buru. Sebab kalau aku terburu-buru kesannya akan banyak melukakan hati orang. Hati aku dan hati mereka. Aku tak mahu menjadi peluka dan aku tak mahu dilukai. Solat Istikharah kepada Allah. Dan cuba cara halus dengan memperbanyakkan soal jawab kepada mereka, mungkin juga salah satu jalan terbaik. Ya... InshaALLAh.

*diduga begini bukan mudah untuk ditanggung. Aku berdoa agar Allah memberkati setiap perlakuan dan perbuatanku di dunia ini. Amin.*

*Moga mereka yang mencintai tidak akan berputus asa sehingga berjaya. InshaAllah, aku berharap dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Yang boleh dan mahu sama-sama membimbing hati untuk jalan ke Syurga. Amin.*

-- Pilihan hati tidak tamat lagi,
aku juga menanti siapa yang bakal bertakhta di hati,
semoga bertemu yang sejati nanti,
buat diri yang disayangi.

Yang Manis,
hJ

2 comments:

  1. Salam...

    dalam mencari pilihan hati mmg tak boleh terburu-buru. Bayakkan bersabar. Satu hari nanti pasti akan hadir penyeri hidup buat Has. Anggap apa yang telah dilalui sebagai penguat semangat dan jadikan pengalaman yang berguna. :-)

    semoga miliki pilihan hati yang terbaik di dunia dan di akhirat. AMIN ;-)

    ReplyDelete
  2. Ya, pengalaman mengenal lelaki yang pelbagai ragam. :)

    Amin Ya Rabb, atas doanya.

    Abang pun. sekarang ni dengar2 ramai yang mengurat. hehe...

    Wasalam.

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages