berkarya itu indah

berkarya itu indah

Saturday, May 14, 2011

Rasa Hati

Satu hari aku tinggal seorang di rumah. Kadang-kadang rasa bosan juga. Tapi sebenarnya tak. Aku tak pernah bosan. Sebab sekarang aku semakin sedar, dengan kehadiran buku dan kerja-kerja penulisan. Aku cintakan dunia aku sekarang. Selalu kalau tonton wayang atau drama di tv, mesti ada dialog ini, "saya suka dengan apa yang saya lakukan" atau "i love what i do" atau "saya suka biarkan dia buat apa yang dia suka" atau "biarlah, itu dunia dia...selagi dia bahagia saya pun gembira."

Seronok punya rasa macam tu. Kadang-kadang aku ragu-ragu dengan pilihan hidup aku sekarang. Menulis sepenuh masa. Semuanya kena bersungguh-sungguh. Yalah! Bersungguh-sungguh. Itu paling penting. Lagi satu, niatkan kerana Allah. Paling utama. :)

Jangan ragu-ragu lagi. Aku kena bersemangat dan teruskan dalam bidang ini. Ya, aku boleh!

Sebenarnya, aku cemburu lihat kawan-kawan yang dikurniakan rezeki bekerja tetap. Bukan niat untuk bersungut, tapi hakikatnya mereka telah awal dapat meraih nikmat memberi ganjaran terbaik buat keluarga mereka. Ya, aku tahu. Kawan-kawan aku orangnya baik-baik. Pasti sahaja mereka sudah hulurkan separuh daripada ganjaran yang mereka dapat kepada keluarga. Aku teringin sangat nak buat macam tu. Hmm, bersyukur. Ya, aku bersyukur. Walau pun tak banyak, hasil penulisan yang aku dapat aku boleh kongsikan bersama mereka. Alhamdulillah. Maaf Allah, aku termerungut tadi. Kata orang, 'rezeki masing-masing. Cepat dan lambat je. Dan usaha juga kena bersungguh.'

Sekarang ini aku sedang kerjakan sebuah tugasan kritkikan, dan dengan izin Allah apabila siap nanti dapatlah aku ganjaran yang agak lumayan. Alhamdulillah. Sambil buat tugasan ini, Allah kurniakan aku dengan ilham untuk tulis sebuah novel. Drafnya dah siap, tinggal dicoretkan menjadi manuskrip sahaja. InshaAllah, tak sabar aku nak mulakan. Moga Allah memberkati setiap penulisanku. Amin.

Baiklah, mulai sekarang... akan aku isikan rasa hati sepenuhnya dengan rasa cinta kepada bidang penulisanku ini. Alhamdulillah. InshaAllah. Berkati hidup dan bindang kerjaya pilihanku ini, Ya Allah.

Dengan senyuman, amin.

-hJ-

2 comments:

  1. Salam...

    bersabar ya.. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. soal kerja, semua itu rezeki dariNya. insyaAllah satu hari nanti Has akan nikmati kerja tetap juga.

    teruskan dengan kerja-kerja menulis. Has dikurniakan bakat yang bukan semua orang milikinya. Gunakan sebaik mungkin. InsyaAllah satu hari nanti akan menjadi sebuah kerjaya yang baik untuk kehidupan Has. InsyaAllah... :-)

    ReplyDelete
  2. InshaAllah, berharap dan berusaha juga. (cemburu dengan cikgu, semakin murah rezeki ya) hehe.

    Alhamdulillah, sedang berusaha atas semangat dan dorongan yang tak pernah putus diberikan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages