berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, July 28, 2011

Cerpen: Bicara Bertingkah Kasih kepunyaan saya.


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kepada yang sedang membaca. Moga sihat selalu ya. :)

Karya Hanna yang tidak sempat dimasukkan dalam blog. Cerpen ketiga sepanjang 4 tahun berkarya. :) Senyum lagi.

Alhamdulillah, cerpen Bicara Bertingkah Kasih telah tersiar di majalah Mingguan Wanita edisi 27 Mei-2 Jun 2011.

Kisah yang tertulis ini berdasarkan kisah cinta. Hanna mahu cuba saja. Belum pernah rasa cinta suci dalam hidup sebenar daripada sang kekasih. Jadi, berangan-angan masukkan ke dalam dunia imaginasi melalui karya ini.

Terima kasih kepada saudara editor yang telah memilih karya hanna ini untuk disiarkan. Terima kasih kepada sumber rujukan iaitu mama kepada Adam, Kak Syahida dan Abang Awis. Kak Sya, sudi memberi seberapa makluman tentang putera sulungnya yang hanna letakkan dengan nama yang sama iaitu Adam dalam cerpen ini. Tambah seorang watak lagi iaitu Afia sebagai watak utama yang sedang berperang dengan perasaan sendiri bahawa tidak, dia tidak akan menjadi madu kepada kakak sepupunya sendiri. Cinta kepada Allah lagi kuat berbanding cinta kepada manusia, walaupun pahit kerana terpisah biarlah manisnya dapat dihirup di akhirat kelak. amin. :)

selamat membaca kepada yang sudi membaca. Kepada yang mahu membaca, inshaAllah hanna sudi beri baca melalui hard copy atau soft copy. Tinggalkan alamat emel atau alamat rumah. nanti hanna rajinkan diri untuk pos ya. :)

sekian dahulu.

salam manis, hanna johan.


8 comments:

  1. Salam, Tahniah, kak Hanna! Nurul nak baca, boleh? Bagi Nurul salinannya... Tahniah! teruskan menulis ya...

    ReplyDelete
  2. Salam Nurul yang rajin,

    Terima kasih ya Nurul. Mahu baca ya? Mahu akak pos atau emel? mari hulurkan alamatnya.

    Terima kasih sekali lagi, ya menulis dan menulis. Mahu lawan cik adik Nurul ni. hehe

    ReplyDelete
  3. nanti emelkan pada kak ima. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. ir_mohd@yahoo.com.my....kalau sudi

    ReplyDelete
  5. Saudara Ir,

    terima kasih. Saya akan kirimkan ya. Kalau sudi boleh kenalkan diri. :)

    ReplyDelete
  6. erima kasih dengan berbesar hatiiiii....sy kamarul mohd kt FB

    ReplyDelete
  7. saudara Kamarul,

    saya sudah cuba kirim melalui email saudara. tapi tak lepas. email itu dipulangkan kembali kerana alamatnya tidak tepat.

    boleh beri alamat email yang betul?

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages