berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, July 21, 2011

Mimpi ke Realiti.

Bismillahirahmanirrahim...

Ketika ini Hanna sedang berhenti rehat daripada membaca novel Di Penghujung Rindu karya Muhd. Mansur Abdullah. Ada 30 bab semuanya. Dan sekarang sudah masuk bab 22. Mengapa Hanna berhenti seketika?

Jawapan: Kerana bermula pada bab 21 sudah dimasukkan adegan dan episod sedih. Hanna memang lemah apabila tiba bab-bab begini. Rasa mahu saja Hanna ubah jalan ceritanya. (suka hati je!) hehe...

Pembacaan ini merupakan bacaan bulanan dan salah satu daripada tugasan sebagai Penulis Sepenuh Masa ini. Tugasan mengulas novel atau resensi novel untuk majalah Tunas Cipta. Jalan cerita novel ini bagus dan Hanna suka. Tunggu bila dah siap nanti, dapatkanlah majalah Tunas CIpta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ya. Kemudian bolehla anda beli novel ini dan rasakan impak yang sama seperti Hanna dapat rasakan sekarang.

Baiklah itu kisah rehat. Sekarang ni Hanna nak tulis sedikit tentang mimpi ke realti. (Seperti yang ada pada judulnya)

Sejak pulang ke rumah kedua ini, 3 hari berturut-turut Hanna dapat mimpi. Alhamdulillah, pagi tadi Hanna dah catatkan ketiga-tiga mimpi itu dalam Notes di Nokia :). Apabila dibaca semula, macam boleh dijadikan cerita pula. 3 mimpi yang berlainan namun seperti ada mesej yang akhirnya bersatu lalu menghuraikan plot penceritaan.

Hanna bercadang (buatlah harap-harapnya!) mahu jadikan ianya sebuah cerita. InshaAllah. Hanna menanti kalau-kalau ada lagi mimpi yang datang, lalu jangan malas-malas untuk catat. InshaAllah akan Hanna tulis.

Teringat-ingat puisi pertama yang hanna tulis, puisi panjang yang hanna hantar ke Tunas Cipta pada tahun 2008 dan tersiar. Itulah karya pertama Hanna secara rasminya. Puisi yang berjudul "PUISI KASIH BUAT KANDA" lahir daripada mimpi. Lalu Hanna nukilkan menjadi realiti di atas sebuah kertas putih. Alhamdulillah, bermula dengan itu Hanna kini dapat menggenggam nama sebagai 'Penulis Muda' (masa keluar MHI di TV3 bulan lalu, gelaran itu diberi kepada Hanna. Bukan buat sendiri ya.) Alhamdulillah, syukur.

Meraikan mimpi ke realiti. Yok!




2 comments:

  1. salam.

    baru abg tahu bahawa Puisi Kasih Buat Kanda lahir drpd mimpi Hanna. Cukup indah puisi tu.

    semoga akan lahir lagi puisi2 yang indah.... ;-)

    Abg Zul

    ReplyDelete
  2. salam,

    Alhamdulillah, mimpi itu amat indah sekali. Sama jalan ceritanya seperti yang tertulis pada naskhah puisi. (Macam mana lah boleh dapat mimpi macam tu ya)hihi...

    Terima kasih, insyaAllah. Atas kurniaan buah fikiran dari Allah, segalanya akan menjadi indah.

    :) HJ

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages