
Alhamdulillah, berkat 2013 yang Allah kurniakan. Editor Malay Literature pula menghantar email. Katanya mahu saya siapkan abstrak untuk karya kajian itu. Syukur, ini bermakna karya kajian saya itu sudah pun diterima dan bakal disiarkan. Kemungkinan awal Jun 2013. Sidang editorial Malay Literature tidak dapat memberi maklum lebih, jadi saya sendiri menganggarkannya tentang tarikh terbit majalah itu.
Malay Literature sebuah majalah yang mengangkat tinggi nilai sastera. Ini mungkin menjadi kejayaan pertama saya apabila karya 'penulis hingusan' ini sudah mencapai tahap Malay Literature. Alhamdulillah, semoga ini menjadi semangat untuk saya terus berada dalam landasan penulisan yang saya gemari. InsyaAllah. Amin.
Maklumat lanjut tentang Malay Literature boleh dibaca di sini... http://malayliterature.wordpress.com/
Terima kasih Allah atas kurniaan nikmat besar ini. Terima kasih ibu ayah yang mendorong sepanjang saya berada dalam bidang yang memaknakan hati. Alhamdulillah.
Wah, seronoknya. Semakin bertenaga dan maju ke hadapan. Tahniah!
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah juga buat guru Tetamu Istimewa ini. Semakin rancak karya2 mu mewarnai dunia seni karya kreatif tanah air. :)
ReplyDelete