Assalamualaikum
salam sejahtera kepada semua pembaca yang masih sudi mengikuti perkembangan saya yang semakin mengembang ini. Aduh!
Di manakah saya?
ada yang sudi bertanya... dan memohon agar saya meletakkan kehadiran baik/buruk saya di sini. InsyaAllah moga semuanya baik-baik sahaja. Amin. :)
Alhamdulillah,
Berada dalam unit pameran (di DBP) ini sesungguhnya memerlukan banyak masa berada di pejabat apabila tiba masa-masa yang sibuk. Dan akhirnya, membuatkan 'mood' untuk menulis di blog terkekang (alasan semata-mata).
![]() |
Di PWTC, menyelia dan memantau tugas-tugas persiapan pameran sempena Expo Buku 1 Malaysia 2013 (Disember) |
![]() |
Pameran 400 Tahun Sulalatus Salatin... Oktober 2013 |
![]() |
Sekitar persiapan pameran di PWTC, Disember 2013 |
![]() |
Pameran sempena Wacana Kesultanan Sultan Muhammad V di DBP (November 2013) |
![]() |
Sekitar pameran Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 pada 27 November 2013 di Hotel Istana, Kuala Lumpur. |
![]() |
Pada jam 12 tengah malam, menyiapkan kerja-kerja persiapan pameran HSPM 2012 pada 26 beranjak ke 27 November 2013 |
*Dan masih banyak lagi pameran yang diuruskan, tidak sempat masukkan gambar untuk dijadikan bukti saya tidak menulis di blog. Nanti-nantilah setelah terkenang-kenang saya akan masukkan ya. :)
bisik-bisik: Mujur masih bujang (tiada suami mahupun kekasih)... boleh balik lewat malam ke pagi untuk selesaikan kerja. :)
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)