Salam bahagia,
Dahulu sewaktu saya diuji dengan kelukaan hati oleh insan yang saya sayang, sangat lama saya menyepi daripada menulis. Hasutan jahat memakan diri. Lama juga tempoh untuk saya bangkit kembali. huh! kalau nak ikutkan dahulu-dahulu sewaktu sedang berduka, laju saja idea mengalir. Namun, sejak usia meningkat ni... kesan kelukaan yang sama rasanya tidak sama seperti dahulu. Yang kali ini terlalu pahit dan perit hingga menjejaskan mood, kesihatan dan perlu bantuan kuat untuk pulihkan emosi kembali. Alhamdulillah, semuanya lancar dengan adanya bahu insan-insan yang faham erti kasih sayang sebenar. Syukur, ibu bapa adik-adik... sahabat yang baik, membantu memberi semangat. Dan paling besar ialah... apabila kita sendiri sedar untuk dekat dengan Allah seperti membaca al-Quran dan maksudnya serta melakukan perkara2 yang Allah suka. Nikmatnya beribadah.
Selepas itu...
Allah hadirkan kembali semangat untuk saya menulis. Mana boleh tidak! Yang dah lama ditinggalkan ini, amat payah untuk dimulakan ya. Mujur saya sedar awal. Sekiranya lewat sedar, mahu dua tiga bulan termenung baru dapat tulis satu perkataan sebagai pemula. Alhamdulillah... rezeki dari Allah. :)
![]() |
Cerita pendek berjudul NIKMAT BERBUDI, November 2013 |
![]() |
Buku/Novel BERKELANA karya Pak Hashim Zabidi. Tahun lalu saya menjadi Editor Sambilan dan inilah hasil suntingan saya. Alhamdulillah. |
![]() |
Karya Kritikan Sastera berjudul MENCARI MAKNA: HARGA SEBUAH MARUAH di Dewan Sastera, Disember 2013 |
![]() |
Cerita Pendek MENEMUKAN CINTA, wiwit... di majalah Kembara Ustaz jilid 11. |
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)