berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, March 10, 2013

Antara 2 Pesan Berharga


Pada awal Januari 2013, saya berpeluang dijumpakan dengan karyawan hebat tanah air. Tuan Ismail Kassan. Pertemuan ini secara kebetulan. Ketika itu saya ke Tingkat 3, Pusat Dokumentasi Melayu yang juga perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedatangan saya untuk mencari bahan penyelidikan.

"Marilah Hanna, kakak kenalkan Hanna dengan karyawan itu," pujuk Kak In. Seorang pegawai di perpustakaan yang sangat baik hati dan banyak membantu saya hingga hari ini. 

Di DBP ada antara mereka yang kenal saya dengan Hanna Johan. Jadi panggilan Hanna  terus mekar di bibir mereka. Alhamdulillah saya semakin biasa dan tidak kekok dengan panggilan nama pena ini.

"Tak mahu. Saya malu." Begitulah jawapan saya yang amat tidak membantu diri sendiri. Terlalu merendah-rendahkan diri. 

Akhirnya saya 'diheret' bertemu Tuan Ismail Kassan yang baru-baru ini mendapat Anugerah Penulis Asia Tenggara 2012 (SEA Write Award). Dalam temu bual ini, beliau banyak bertanya daripada saya yang sepatutnya bertanya itu ini. 'Masak' juga mahu menjawab soalan-soalan terjahan beliau berkaitan roh dan jiwa. Alhamdulillah, banyak pencerahan yang saya dapat berkaitan roh dan jiwa ini. Suatu bidang yang amat saya suka

Sempat juga beliau menurunkan coretan berupa pesan. Sama seperti dalam gambar di atas. 

Gambar ini pula merupakan gambar pertama selepas saya menjadi warga rantau. Ada gaya seperti guru tak? Pernah dahulu mahu menjadi guru, namun tidak berupaya ke arah itu. Allah memberi takdir lebih indah pada masa ini. InsyaAllah moga indahlah berterusan.

Saya muat naik gambar itu di fb sebagai gambar profile awalnya. Kini menggunakan gambar lain. Dan tersisip antara pesan berharga di ruang komen. Beranak panah merah itu. Puan Rozninah (Editor) atau lebih mesra saya gelar Kak Inah memberi amanat agar saya tidak lupa, dan tidak berhenti menulis. Usah jadikan tugas hakiki yang terlalu banyak itu sebagai kekangan dan alasan.

InsyaAllah saya sedang cuba menggenggam dan melerai amanat ini dalam hasil penulisan selanjutnya. Fuh! Berpeluh juga. Bukan mudah sebenarnya untuk bergelar penulis hebat isi jiwa raganya. Semoga saya beroleh kejayaan sentiasa. Amin.

Senyum dan yakin diri ya, HJ. :)

2 comments:

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages