berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, November 4, 2010

Redha Cinta Kita

"Kamu ingat lagi? Kita pernah bertemu di pondok kecil itu."

"Ya, saya masih menyimpan ingatan tentang itu. Kamu yang gelar saya orang gila bukan?"

"Hmm...terima kasih, kamu menyimpan ingatan itu dengan senyuman."

"Mana tidaknya, awak baling saya dengan kasut busuk awak tu. Kemudian, awak mahu belasah saya dengan genggaman penumbuk awak bukan?"

"Ha ha...Masa itu dalam hujan. Saya menumpang pondok yang sama tempat awak berteduh. Dalam kebasahan terkena hujan, awak merenung susuk tubuh saya. Saya hilang keselesaan. Saya tak suka dan rimas. Apa lagi, saya genggam penumbuk untuk takutkan awak. Dan..."

"Dan awak menjerit sekuat hati, menyatakan saya orang gila. Akhirnya saya dibelasah oleh seorang perempuan yang entah datang dari mana."

"Ha ha...Kak Thirah, dia penyelamat. Kalau tidak, awak saya dah belasah gila-gila."

"Sakitnya hingga berparut lengan saya."

"Maaflah, secara tidak sengaja."

"Tak mengapalah, itu semua kenangan kita. Kalau tidak kerana pertemuan aneh itu, kita tidak akan bersama di sini, bukan?"

"Ya, dan kita tidak akan dapat peluang untuk kenal hati masing-masing."

"Awak...awak tak marah atas apa yang berlaku sekarang?"

"Marah? Apa guna saya marah pada orang yang saya sayang."

"Awak..."

"Tidak mengapa. Tidak semestinya kita miliki insan yang kita cinta, adakalanya kita perlu memberi cinta tanpa perlu harapkan balasan. Saya relakan awak bahagia dengannya."

"Awak, terlalu istimewa. Kerana istimewa itu, saya tidak layak memilikinya."

"Usah berkata begitu. Saya sayang awak. Saya doakan awak bahagia bersama pilihan hati awak. Senyumlah."

"Awak pun, senyum juga."

--Kita sama-sama senyum untuk cinta dan insan yang kita sayang. Tanpa ada rasa terluka dan tercalar jiwa. Kita bercinta kerana Allah. Atas sebab itu, kita perlu redha dan mendoakan yang terbaik buat cinta kita.-- hannaJohan, 4 November 2010, ZMCS

2 comments:

  1. Bersabarlah dan berusaha untuk senyum ya, insyaAllah akan datang cinta yang benar-benar buat diri suatu hari nanti, amin. :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages