berkarya itu indah

berkarya itu indah

Monday, March 7, 2011

yeh ranggila!


Yeh Ranggila bermaksud warna-warni.
Buku catatan baru. Cita-cita nak ada sebiji hp tcskrin (suka-suka je eja macam tu), untuk memudahkan mencatat idea dalam dunia digital. Kira-kira belum cukup duit da!

Buku catatan baru yang berwarna-warni itu sangat cantik! Menulis dengan cara manual memang seronok. Moga setiap hari ada saja idea dan ilham bakal tercatit di atas helaiannya. yes! Setakat ini baru dua muka surat yang digunakan.

Buku kulit hijau di tengah-tengah tu buku autograf. Adalah beberapa tandatangan sebagai pemangkin semangat. yes! suka sangat!

buku tulis ketiga hijau muda itu ialah buku catatan dengan tulisan cincai. Cakar ayam! Nak cepat, idea membuak-buak. Ewah!catatan pertama dalam buku Ranggila ini:


Coretan Bangkit dari Lena.

~
kita sentiasa dan masih mengharapkan sesuatu itu ada walau kita sendiri sedar sesuatu itu tidak mungkin ada.
~Hati yang berkata-kata tidak mahu lagi mengejar cinta namun sering gagal mengotakannya.
~sewaktu lena semua yang dijanji terus terlupakan, hingga bangkit kembali dan tersedar dari lamunan,

kita masih mengingatinya.

Hasni Hanna, 5 Mac 2011.

Masa ni Hanna memang buntu menulis. Hanna tidur. Di sebelah memang sudah ada buku dan pen. Tiba-tiba bangun tidur, terus tertulis semua di atas. BUnyi macam orang putus kasih. hehe...entahlah! penulis ni macam-macam ragam.

Mahu ucapkan kepada diri:

Selamat berjaya dan terus berjaya!

salam manis,
~hJ~

4 comments:

  1. ilham itu kadang-kadang datang tanpa diundang..bila hati dibuai sayang,bila jiwa dilanda resah..bahasa ilham pasti berbeza...lantas ilham yg manakah lebih baik?tiada jawapan tepat diantara keduanya, kerana ini adalah kehidupan...

    ReplyDelete
  2. Jadi, awak bawa buku nota ni semua ke mana saja awak pergi?

    ReplyDelete
  3. Saudara tanpa nama:

    Memang benar bagai yang saudara katakan. Persoalan saudara, 'yang manakah lebih baik' itu sebenarnya terpulang kepada diri dan jiwa yang membentuk huruf-huruf perasaan. Dan niat juga. Andai tulisan itu sekadar melepas perasaan, maka kita hanya akan dapat lihat perasaannya. Andai niat menulis itu mahu berbahgi ilmu, inshaAllah ada keberkatannya.

    Memang ini kehidupan, kehidupan yang bagaimana...kita yang mencorakkannya.

    terima kasih sudi berkunjung, datanglah lagi. :)

    ReplyDelete
  4. Siti:

    Buku yang kulitnya warna-warni itu saya baru bawa semalam ketika ke mana-mana.

    Selama ini saya bawa buku hijau untuk autograf. Tetapi sekarang sudah saya tinggalkan di rumah. Hanya jika ada majlis penting saya akan bawa. Saya mahu kumpul seberapa banyak tandatangan dan ucapan kata semangat untuk saya. :) tidak kiralah siapa dan status orang itu.

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages