berkarya itu indah

berkarya itu indah

Monday, April 30, 2012

NOVEL COMEL: MISTERI GADIS BERBAJU PUTIH



Di malam hari…. Jeng jeng jeng!

Ini merupakan NOVEL COMEL karya Hanna Johan terbitan Blink Book Sdn Bhd. Novel Comel berjudul MISTERI GADIS BERBAJU PUTIH ini berkisar kisah seorang gadis berbaju putih yang sering menjadi tanda tanya para pembaca Novel AKU MAHU LAWAN HANTU.
Bersama Penerbit Blink Book Sdn Bhd ini, akan ada Novel Comel bagi setiap Novel yang terhasil. Jadi pasangan bagi Misteri Gadis Berbaju Putih ini ialah Aku Mahu Lawan Hantu.
Mari dapatkan di Kedai Pink Ain Maisarah, pada harga RM 4.00 sahaja. Tidak terdapat di kedai-kedai buku lain ya. 

Selamat Membaca dengan sepuasnya!

4 comments:

  1. Wah, teruja sangat. Tahniah Hanna. Kenapa sebelum ni saya tak pernah tahu pun. Memang misteri dan rahsia ye.

    ReplyDelete
  2. Novel comel ini manuskripnya disiapkan dalam waktu yang padat dan cepat. Tidak sempat mahu hebahkan di sini. Alhamdulillah, siap dengan aman.

    Misteri sangat! :)

    ReplyDelete
  3. kakak ain maisarah boleh tak saya nak beli buku novel comel bole

    ReplyDelete
  4. Sdr Tidak bernama:

    Anda boleh beli novel comel ini daripada Kak Ain secara online, atau boleh saja serbu kak Ain ketika ada Pesta Buku besar dan kecil nanti. Selalu ikut cerita Kak Ain di fb AinMaisarah Novelis untuk mengetahui lanjut lokasinya, ya :)

    Terima kasih atas sokongan! :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages