berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, June 17, 2010

Jatuh kasih

Hari ini hanna nak kisahkan tentang seorang gadis (yelah, yang itu yang dekat dengan diri)...Gadis ni dulu pernah jatuh kasih dan pernah juga putus kasih. Kasihan. Tapi itulah namanya kasih, kalau tak putus dan tak jatuh tak sah. Semua itu pengalaman dan pengajaran. Mengenal pasangan bukan mudah. Mengenal hati pun tak senang. Semuanya perlukan ketelitian. hmm...

Kerana dia pernah merasakan jatuh dan putus, maka dia bertapis-tapis untuk jatuh kasih lagi. Suatu hari gadis rasakan dia seperti mahu membuka hati untuk kasih. Lalu dia mencari, bertanya dan mencari. Usaha. Jangan tunggu je. hehe...

pertama sekali gadis itu masuk laman sembang YM, saja2 untuk cari kenalan. Memang sukar nak percaya insan2 di dalamnya, tapi apa salahnya mencuba...Ramai juga lelaki2 yg menegur spt hii, hello dan salam.

beberapa lama selepas itu, ada yang menyatakan mahu merisik (mengurat)...terima atas dasar mahu kenal lebih rapat, tak semestinya terima itu untuk terus Jatuh Kasih. Tapi...

Masuk kisah kedua pula, beria-ia mahu si gadis jadi teman perempuan dia...katanya teman istimewa lah kan. Terima kerana mahu kenal lebih rapat, tak semestinya untuk terus Jatuh kasih...Tapi,

yang pertama tadi senyap menyepi, yang kedua pula seperti mahu tapi macam senyap juga. Kenapa ea? peliklah...

pesan hanna kepada si gadis yang hanna petik dari pesan seorang kakak... "Jangan mencari, nanti dia lari...biar je, nanti dia datang sendiri."

hanna: Boleh ke macam tu? hmm.... hanna pun nak guna pakai jugalah pesan seorang kakak itu. Moga jatuh kasih dengan insan yang benar2 mahu memiliki kerana kuat kasihnya kepada Maha Pencipta. Nanti, sama-sama kita ke syurga ya. :)

2 comments:

  1. salam hanna...

    apa khabar...moga baik-baik saja hendaknya..waahhh...entry jatuh kasih ekk...ingatkan kisah awk..hehehhee...jatuh kasih pada kekasih hati sangat indah kan?
    moga awak bisa jumpa kekasih hati yang didamba...menanti dalam luapan kasih yang terindah....



    p/s: ada tanda hati buat awak kat blog saya....sila amik yee..tq

    ReplyDelete
  2. Salam CIk Amy,

    khabar baik, alhamdulillah sihat. hmm, kisah jatuh kasih ni rasa2nya ramai yang alami kot. hehe...memang indah, bak kata si gadis tu, susah nak lupakan kasih pertama. Tapi nak buat macam mana, dah takdir untuk mereka berpisah. erm...

    Oh, ucapan untuk saya ya. Terima kasih :)

    p/s: Terima kasih tanda hati itu, akan saya segara dapatkannya...yeeha!

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages